Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 4 June 2013

Yasmin J Hunwick | Pergi mu bagai satu tanda

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

22 Februari 1995 lahir seorang bayi perempuan yang comel dan indah dari rahim bondanya yang tercinta. Lahir bayi comel itu menyergah fana dunia membawa bersama janjinya pada Tuhan Yang Maha Pencipta. Kehadiran bayi comel itu memberikan sinar gembira dan bahagia buat kedua orang tuanya  serta seisi alam maya.

Bayi comel itu dibesarkan dengan kasih sayang dan cinta yang mendalam. Hari berganti hari, minggu bertukar minggu...tahun bertukar tahun....akhirnya bayi comel itu menjadi seorang anak gadis yang terindah. 

Bukan sahaja kasih sayang dan haruman cinta diberi oleh kedua orang tuanya, malahan ilmu dunia dan ilmu agama juga turut melatari kehidupannya agar si gadis yang semakin membesar serta dewasa itu tidak alpa...lupa dan leka dengan nikmat hidup yang sementara.

Si gadis terindah bukan sahaja menjadi kebanggaan kedua orang tuanya, Si gadis terindah juga menjadi kebanggaan buat adik-adiknya....Sebagai kakak, si gadis terindah menjadi tempat mereka untuk bermanja.....berkongsi rasa dan rujukan mana yang tak kena. Si gadis terindah sesungguhnya kebanggaan buat seisi keluarganya.

Namun, setiap benda baru ada awal dan akhirannya.....Setiap pertemuan pasti akan bertandang datang saat perpisahan yang menyakitkan. Tujuh belas tahun bukan sedikit masa yang tercipta. Jika hari ini kita yang jauh merasai akan kehilangan dia bagaimana dengan mereka yang rapat dengannya. Sesungguhnya kenangan bersamanya mahal maha benar. 

Tepat jam 11.50 malam pada 3 Jun 2012 perpisahan akhirnya terjadi, Si gadis terindah pergi melunaskan janji yang telah terpatri. Pemergiaan Si gadis terindah bukan sahaja dirasai oleh seluruh ahli keluarganya tapi juga dirasai oleh semua. Semalam genap 365 hari Si gadis terindah meninggalkan fana dunia dan seisinya untuk bertemu dengan Tuhan Yang Maha Pencipta buat selamanya. 


Arwah Yasmin J Hunwick
Credit photo: 
he illusionist
Yasmin J Hunwick, nama seindah orangnya. Lagenda sesudah Mahsuri. Ya....ia bagaikan lagenda. Itulah yang sewajarnya diberikan buat arwah Yasmin. Perginya bagai satu tanda dan tiada penganti di fana dunia.

Kisah pemergian arwah Yasmin yang tragis pada lewat malam itu bersama dua orang teman baiknya memberi seribu satu ikhtibar buat kita yang masih bernyawa. Hasil peninggalan penulisan arwah di blog he illusionist terutamanya tanda-tanda awal sebelum pemergian arwah memberi kita pengajaran dan ilmu berguna bahawa kematian itu datang ia bila-bila masa.....tak mengira usia dan tak mengenal siapa. Tanda-tanda itu ada, cuma kita tak tahu bila masa ia akan kunjung tiba.

Banyak pengajaran dan pedoman yang kita boleh cedok ambil dari setiap hasil penulisan arwah Yasmin. Arwah Yasmin banyak menulis tentang kehidupan yang menceriakan.....kisah tentang kehidupan berkasih sayang dan rasa cinta terhadap keluarga serta kisah remaja dan persahabatan yang tiada penghujungnya. Arwah Yasmin menulis dengan hati......menulis apa yang dirasai.....apa yang ditulis itulah dirinya sendiri

Semoga segala kebaikan yang ada hasil penulisan arwah Yasmin di blog betah memberikan pahala buatnya untuk bekalan 'di sana'. Mudah-mudahan penulisan arwah Yasmin tegar memberi manfaat buat semua. Ternyata kisah arwah Yasmin dan penulisannya membuka mata kita semua tentang keperluan kita menyiapkan diri dalam menghadapi hari mati.

Setahun sudah pemergian arwah Yasmin. Kunjungan dan sedekah al-fatihah serta doa buat arwah tak pernah berkurang malah semakin bertambah saban masa. Pusara arwah Yasmin sentiasa ada pengunjungnya, baik dari kalangan mereka yang mengenali mahupun yang baru kenal setelah arwah tiada lagi. Alhamdulillah.....doa untuk arwah tidak pernah putus. Semoga Allah swt menerima sedekah al-fatihah dan doa kita buat arwah Yasmin. Semoga    lapang dan bercahaya tempat arwah Yasmin 'di sana'....Semoga arwah Yasmin damai dan tenang dipembaringan 'sementara' sebelum dibangunkan semula bagi meneruskan kehidupan yang lebih bermakna....InshaAllah...

Walaupun arwah Yasmin telah tiada, namun auranya tetap ada.....akan terus mewangi harumannya dengan keizinan DIA. InshaAllah...

Kayuhan fasa III | Kembara Si Pemburu akhirnya menemukan aku dengan pusara mu. Al-fatihah dan doa buat mu adinda ku. 


Pusara Si Gadis Terindah...Lagenda sesudah Mahsuri
Ku abadikan pusara mu melalui lensa ku.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

14 comments:

  1. hurmmm muda dari ena tapi ena jeles sebab dia dah pergi menemui Allah terlebih dahulu dari ena.. semoga arwah tergolong dalam golongan org2 yang beriman... =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisahnya menyedarkan kita, bahawa mati tdk mengenal usia.....bersama la kita memandu hidup kita agar lebih kpdNYA

      Delete
  2. assalamualaikum. al-fatihah bt arwah yasmin. semoga beliau di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman. insyaAllah. maaf kepada admin, saya nak menegur mengenai gambar arwah yg digunakan. tudung yg dipakai tidak menutupi dada. seeloknya delete la gambar itu. maaf kerana menegur. :)

    ReplyDelete
  3. aku kagum baca penulisan ko...terpesona dgn kata-kata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sahabat runerseven7 atas persinggah ini. syukran jazilan

      Delete
  4. pehhh terpesona aku membaca penulisan ko, kagum kagum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua itu anugerah Allah swt kpd sy sahabat....inshaAllah...mudah2an arwahyarhamah adinda yasmin disyurgaNYA

      Delete
  5. Replies
    1. terima kasih Kira Yamato sudi singgah sini....blog masih ada.....untie saz yg orgarnize skrg ni. awk boleh tekan je link2 yg sy tepek dlm entry diatas...inshaAllah, akan awk temui apa yg awk cari

      Delete
  6. Assalamualaikum... Sye thu kesah Arwah Yasmin J Hunwick lps 2 thn arwah pegi. Sbelum nie sye x prnah thu ttg arwah. Slepas stalk blog arwah, sye rse sedih. Arwah meninggal di usia yg mude. Arwah mmbwat kn semue org sedar bahawe, mati itu tidak mengire usia mude or tue. Semoge arwah ditempatkn di kalangan org2 yg b'iman n Al-Fatihah utk arwah Yasmin :')

    #LahirDiDunia,BangkitDiSyurga

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.