السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Trip yang sangat meruja dan memenatkan. Balik sahaja dari Kayuhan fasa II berehat sehari dua terus sambung Kayuhan fasa III. Kali ini lokasi ke belah utara pula. Sambil2 balik kampung serta makan angin memcuba nasib berburu ke sana.
Lokasi belah utara untuk sesi kayuhan fasa III | Kembara Si Pemburu ini berlangsung dari Perak-Penang-Perlis-Langkawi. Sebelum meneruskan kayuhan ke utara berehat semalam di KB, melepaskan lelah drive dari Kemaman, Terengganu.
Alhamdulillah, kayuhan kali ini memang the best. Abg long nak story perihal kat Langkawi dulu la. Sebabnya best bila berada kat Langkawi. 1st time sampai Langkawi memang amat merujakan. Walaupun masa sampai cuaca hujan, namun pemburuan dan percutian tetap diteruskan.
Dari jeti Kuala Perlis naik feri ke Langkawi. Saja ja naik kat Kuala Perlis coz balik dari Langkawi nanti ada urusan kat Perlis pula. Parking kereta senang ja, berlambak perkhidmatan parking berbayar duk ada....boleh pilih mana kita suka. Bersempena cuti sekolah parking naik harga, untuk 3 hari 2 malam sampai RM45 kena. Untuk tambang feri pula RM18 untuk golongan dewasa, untuk kanak2 bawah 12 tahun caj tambang RM13 rasanya. Sampai Langkawi terpaksa sewa kereta, senang nak bergerak ke sini sana. Takdak la terkejaq masa. Sewa kereta mengikut spesis kereta, yang import mahai la sikit berbanding kereta buatan Malaysia. Untuk Ford Fiesta sewa sehari RM120. Tapi abg long belasah Sang kancil je, itu pun dah kena RM80.
Masa kat Langkawi lepak area Pantai Chenang. Terima kasih sangat2 pada untie Saz (bonda arwah Yasmin J Hunwick) coz sudi membantu gerombolan abg long dari segi mencari tempat penginapan. Bukan senang nak dapat penginapan last minute time2 cuti sekolah. Jarak dari tempat penginapan dengan Pantai Chenang tak jauh mana, seberang jalan sahaja. Penginapan ni hotel atau homestay abg long tak tahu nak kata, tapi memang selesa gila. Harga dia pun berpatutan dan tak mahai mana. Kalau nak yang lagi selesa dan mahai ada, tapi bagi abg long cukup la sekadar untuk lelapkan mata, mandi dan salin pakaian cuma.
Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis amik masa sejam lebih. Dari jeti Kuah ke Pantai Chenang ada la dalam setengah jam. Masa sampai Pantai Chenang dah lewat petang, tanpa melengah masa siapkan alatan menembak dan terus menyusur Pantai Chenang sehingga ke hujungnya. Penat tak terasa sebab boleh lihat gelagat pelancong (local dan global) duk bersantai serta melihat keindahan alam tika mentari senja.
Tak banyak yang dapat untuk pemburuan hari pertama coz baru nak berasimilasi dengan persekitarannya. Tapi memang payah nak berburu coz pantainya yang ibarat lagu 'Kosong' Najwa Latif.
Kat Langkawi ni matahari terbenam lambat. Jam 8 malam tu masih terang benderang lagi. Sepanjang tepian pantai penuh dengan warna warni muntahan cahaya lampu neon. Memang cantik dan mengasyikkan.
Malam pertama tak ke mana. Lepas makan semua terbongkang kepenatan. Nawaitu nak jalan2 cuci mata kat kedai sekitar kaki lima jalan Pantai Chenang terpaksa la ditangguhkan.
Jika angpa bernawaitu dan berhajat nak pi Langkawi secara solo, berduet, berfamili atau bergerombolan boleh la contact,
SANDY LEISURE HOLIDAY SDN BHD
LOT 2B, SANDY BEACH RESORT, PANTAI CHENANG
07000 LANGKAWI, KEDAH.
atau angpa boleh call En. Mahadi Bin Muhamud ditalian tak bebas tol 017-4146332 dan 04-9558888. Baguih orangnya. Beliau akan tolong angpa dari A-Z jika angpa ada masalah sepanjang trip angpa. Beliau juga boleh amik angpa dengan gerombolan di jeti Kuala Perlis jika angpa mahu. Memang terbaik la service beliau.
Cukup dulu kot kisah kayuhan fasa III | Kembara Si Pemburu ni. Akan bersambung dilain siaran....InshaAllah. Jika angpa berminat nak tengok hasil pemburuan abg long boleh terjah SINI atau angpa boleh skodeng di blog usang Digital Raudhah Photograpy.
Terima kasih buat angpa yang sudi singgah dan baca cerita ceriti ceritu abg long yang suam2 kuku nih.
Jazakallah.
Trip yang sangat meruja dan memenatkan. Balik sahaja dari Kayuhan fasa II berehat sehari dua terus sambung Kayuhan fasa III. Kali ini lokasi ke belah utara pula. Sambil2 balik kampung serta makan angin memcuba nasib berburu ke sana.
Lokasi belah utara untuk sesi kayuhan fasa III | Kembara Si Pemburu ini berlangsung dari Perak-Penang-Perlis-Langkawi. Sebelum meneruskan kayuhan ke utara berehat semalam di KB, melepaskan lelah drive dari Kemaman, Terengganu.
Alhamdulillah, kayuhan kali ini memang the best. Abg long nak story perihal kat Langkawi dulu la. Sebabnya best bila berada kat Langkawi. 1st time sampai Langkawi memang amat merujakan. Walaupun masa sampai cuaca hujan, namun pemburuan dan percutian tetap diteruskan.
Dari jeti Kuala Perlis naik feri ke Langkawi. Saja ja naik kat Kuala Perlis coz balik dari Langkawi nanti ada urusan kat Perlis pula. Parking kereta senang ja, berlambak perkhidmatan parking berbayar duk ada....boleh pilih mana kita suka. Bersempena cuti sekolah parking naik harga, untuk 3 hari 2 malam sampai RM45 kena. Untuk tambang feri pula RM18 untuk golongan dewasa, untuk kanak2 bawah 12 tahun caj tambang RM13 rasanya. Sampai Langkawi terpaksa sewa kereta, senang nak bergerak ke sini sana. Takdak la terkejaq masa. Sewa kereta mengikut spesis kereta, yang import mahai la sikit berbanding kereta buatan Malaysia. Untuk Ford Fiesta sewa sehari RM120. Tapi abg long belasah Sang kancil je, itu pun dah kena RM80.
Masa kat Langkawi lepak area Pantai Chenang. Terima kasih sangat2 pada untie Saz (bonda arwah Yasmin J Hunwick) coz sudi membantu gerombolan abg long dari segi mencari tempat penginapan. Bukan senang nak dapat penginapan last minute time2 cuti sekolah. Jarak dari tempat penginapan dengan Pantai Chenang tak jauh mana, seberang jalan sahaja. Penginapan ni hotel atau homestay abg long tak tahu nak kata, tapi memang selesa gila. Harga dia pun berpatutan dan tak mahai mana. Kalau nak yang lagi selesa dan mahai ada, tapi bagi abg long cukup la sekadar untuk lelapkan mata, mandi dan salin pakaian cuma.
Gambaq penginapan yang ohsem. |
Tak banyak yang dapat untuk pemburuan hari pertama coz baru nak berasimilasi dengan persekitarannya. Tapi memang payah nak berburu coz pantainya yang ibarat lagu 'Kosong' Najwa Latif.
Kawasan jeti nelayan Pantai Chenang. Sampai sini abg long berjalan Sikit punya jauh dari tempat penginapan |
Bentuk L.O.V.E dalam gambar diukir oleh seorang awek Jepun. Angpa nak tengok gambaq beliau bersunset? Angpa terjah SINI. Tapi buat masa sekarang ni gambaq tersebut abg long belum berkesempatan untuk pp lagi. Ni amik guna kumira hp cap ayam sahaja. |
Cahaya neon memyimbahi sepanjang Pantai Chenang |
Jika angpa bernawaitu dan berhajat nak pi Langkawi secara solo, berduet, berfamili atau bergerombolan boleh la contact,
SANDY LEISURE HOLIDAY SDN BHD
LOT 2B, SANDY BEACH RESORT, PANTAI CHENANG
07000 LANGKAWI, KEDAH.
atau angpa boleh call En. Mahadi Bin Muhamud ditalian tak bebas tol 017-4146332 dan 04-9558888. Baguih orangnya. Beliau akan tolong angpa dari A-Z jika angpa ada masalah sepanjang trip angpa. Beliau juga boleh amik angpa dengan gerombolan di jeti Kuala Perlis jika angpa mahu. Memang terbaik la service beliau.
Cukup dulu kot kisah kayuhan fasa III | Kembara Si Pemburu ni. Akan bersambung dilain siaran....InshaAllah. Jika angpa berminat nak tengok hasil pemburuan abg long boleh terjah SINI atau angpa boleh skodeng di blog usang Digital Raudhah Photograpy.
Terima kasih buat angpa yang sudi singgah dan baca cerita ceriti ceritu abg long yang suam2 kuku nih.
Jazakallah.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete