Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 23 June 2013

6 tahun tak tidur malam

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


BESUT - Satu keluarga di sini merayu simpati mana-mana pakar perubatan tradisional dan moden membantu ibu mereka yang menghadapi masalah tidak tidur sepanjang malam sejak enam tahun lalu.

Aisyah Ab Rahman, 65, berkata, ibunya Aminah Ab Kadir, 90, langsung tidak dapat tidur pada waktu malam hingga ke siang hari dan tambah menyedihkan, sepanjang malam dia asyik menangis dan menjerit.

Menurutnya, pada waktu siang pula Aminah hanya terlelap untuk tempoh beberapa minit sahaja, itupun dengan syarat ada orang menemaninya.

“Sebelum ini saya bersama tiga beradik terpaksa bergilir-gilir selama dua minggu seorang menjaganya di rumah masing-masing, memandangkan keadaannya yang sedemikian.

“Namun sekarang kami telah sepakat bahawa setiap orang hanya akan menjaganya untuk tempoh seminggu seorang kerana kami semua tidak mampu lagi berjaga setiap malam sehingga siang untuk jangka masa dua minggu secara berterusan,” katanya yang kini tinggal empat beradik selepas dua beradik lain meninggal dunia.

Aisyah berkata, tempoh itu terpaksa dipendekkan kerana adik beradiknya yang berusia antara 52 hingga 70 tahun turut menghidapi masalah kesihatan, dan keadaan kesihatan semakin teruk apabila terpaksa berjaga setiap malam.

Katanya, setiap orang yang menjaga Aminah tidak dapat melelapkan mata khususnya bermula jam 12 malam hingga siang, kerana dia akan menangis dan merengek menyebabkan perlu sentiasa ada orang di sisinya.

Aisyah berkata, abangnya, Abdullah, 66, yang tinggal di Felda Kerteh, Kemaman meninggal dunia ketika memandu kereta pada Februari lalu selepas menjaga ibunya itu akibat tekanan darah tinggi.

“Mungkin ajalnya sudah ditentukan Tuhan namun masalah kesihatan arwah abang ketika itu semakin terjejas apabila terpaksa berjaga sepanjang malam. Oleh sebab itulah saya merayu sangat supaya sesiapa tampil untuk membantu mengatasi masalah ibu saya,” katanya.

Menurutnya, dia adik beradik akur dengan dugaan Tuhan dan sama sekali tidak mengabaikan ibunya, namun sekiranya masalah tidak dapat tidur ibunya mampu diatasi, mereka anak beranak mampu menarik nafas lega.

Mereka sekeluarga juga telah berusaha merawat Aminah dengan pelbagai kaedah tradisional dan moden, namun setakat ini tidak mampu menyelesaikan masalahnya.
Keadaan Aminah yang terlantar sepenuhnya sejak beberapa tahun lalu semakin teruk apabila kaki kanannya di bahagian lutut turut membengkok.

“Saya harap sangat kalau ada mana-mana pihak yang ikhlas untuk membantu merawat ibu saya kerana kami tidak mampu lagi merawatnya,”  katanya.

Sementara itu tiga daripada empat adik beradik itu menetap di Gong Duek manakala seorang lagi tinggal di Kampung Saujana, Permaisuri, Setiu.

Sesiapa yang ingin membantu merawat Aminah boleh menghubungi anak bongsunya Halipah menerusi talian 013 9736293


Sumber: SINI

#Kepada sesiapa yang tahu cara untuk membantu dan mengubati penyakit misteri puan Aishah dan ibunya boleh la calling2 pada talian yang tertera. Abg long harap ada yang sudi membantu dari segi cara perubatan mahupun derma. Semoga puan Aishah dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan dari Allah swt. Berat mata abg long memandang berat lagi bahu keluarga puan Aishah menangung bebanan.

Bersamalah kita membantu dan berdoa semoga kesulitan dan kesukaran puan Aishah dan keluarga berakhir. 

Jazakallah.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.