السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Alhamdulillah....Syukran ya Allah. Dengan limpah rahmat dan berkatNya maka abg long dan kita semua tegar bertemu lagi dengan malam Nisfu Syaaban untuk sekian kali. Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu maghrib pada hari Ahad (malam Isnin) 23 Jun 2013.
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia."
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud,
“Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah,
"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”
AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Perbanyakkan melafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil
Perbanyakkan solat-solat sunat seperti,
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”
Membaca Al-Quran, memperbanyakkan sedekah, memperbanyakkan selawat dan doa, memperbanyakkan tasbih, tahmis, tahlil dan takbir. Ucaplah subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar. Fadilatnya, Setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.
Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan kerana selepas 15 Syaaban rekod kita akan menjadi baru. Mudah-mudahan rekod kita yang sudah mendapat keredhaan Allah.
Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan hari2 yang mendatang bagi mengelakkan apa yang Allah benci. Mudah-mudahan kita semua diampunkan Allah SWT serta tergolong dalam dalam kalangan hamba2 yang beruntungan di dunia dan juga 'di sana'.
Barakallah fiikum.
Sumber rujukan: Nisfu Syaaban

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
“Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia."
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud,
“Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah,
"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”
Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata,
"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata,
"Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar."
AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Perbanyakkan melafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil
Perbanyakkan solat-solat sunat seperti,
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”
Membaca Al-Quran, memperbanyakkan sedekah, memperbanyakkan selawat dan doa, memperbanyakkan tasbih, tahmis, tahlil dan takbir. Ucaplah subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar. Fadilatnya, Setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.
Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan kerana selepas 15 Syaaban rekod kita akan menjadi baru. Mudah-mudahan rekod kita yang sudah mendapat keredhaan Allah.
Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan hari2 yang mendatang bagi mengelakkan apa yang Allah benci. Mudah-mudahan kita semua diampunkan Allah SWT serta tergolong dalam dalam kalangan hamba2 yang beruntungan di dunia dan juga 'di sana'.
Barakallah fiikum.
Sumber rujukan: Nisfu Syaaban
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.