السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
"Masa itu ibarat sebilah pedang yang tajam" - Peribahasa Arab. Jika kita tersalah dan terkhilaf menggunakannya maka ia boleh mendatang kelukaan buat kita. Bukan sedikit kesakitan yang kita akan tanggung, kemungkinan kita akan menanggung kesakitan tersebut sepanjang hela nafas kita berlangsung.
Kita adalah penjaga masa untuk diri kita. Hanya kita yang mampu mengurus masa kita, tak mungkin orang lain kerana mereka juga punya masa sepertimana juga kita.
Dalam urusan 'masa' selalunya ramai yang gagal berbanding yang berjaya. Kita lihat masa itu terlalu kerdil buat kita. Kita sering leka.....lupa dan alpa dengan masa yang kita ada.
Dalam urusan mengurus masa ramai orang (termasuk abg long) gagal memilih dan mengutamakan yang utama di dalam hidupnya. Kita sering 'berfoya-foya' sehingga menjadikan kita hamba yang poyo dengan nikmatNYA. Kita banyak membiarkan masa yang ada itu berlalu tanpa arah tuju.
Ramai orang (diri abg long la tu) tidak cerdik dalam menyusun masa-masa (kerja) prioriti (yang utama). Sebab itu, perkara yang kurang penting kita pentingkan berbanding perkara yang paling penting. Manakala, perkara yang paling penting yang perlu kita dahulukan kita kemudiankan.
Ramai orang (termasuk abg long) yang banyak fikirkan urusan dunia berbanding kehidupan 'di sana'. Sesungguhnya kita semakin hanyut dan lemas dalam kelazatan pelukan dunia yang sementara. Nauzubillah....
Masa dua puluh empat jam itu sebenarnya berpadanan dengan kita. Mana mungkin Allah swt memberi masa yang tak mencukupi buat hambanya. Apa yang dia beri itu adalah apa yang kita perlu. Cuma kita (abg long) sahaja yang tidak mahu menjadi penjaga masa yang terbaik buat diri kita. Kita selalu merasakan masa itu selalu ada buat kita. Padahal masa tidak pernah pun menunggu kita malahan kita sering tertinggal kerana leka. Masa tidak akan menunggu kita walaupun sedetik. Mana mungkin masa yang berlalu mampu untuk diputar kembali....
Kita bukan sahaja tidak mampu menjadi penjaga masa yang terbaik buat diri kita, malah kita jadi pula 'pencuri masa' orang lain pula. Pernahkah kita nampak kerugian besar 'masa' yang kita alami akibat kelalaian, kegagalan, kealpaan dan tidak ambil peduli kita?? Cuba tanya diri kita, selain ketika solat berapa banyak masa kita mengingati Dia?
Untung atau rugi kita 'di sana' bergantung pada diri kita. Sesungguhnya, kita semua adalah penjaga masa.
Pesan untuk diri, pesan pada semua.
Jazakallah.

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
yup2, betul tu.. tapi ena memang weak dalam nak manage masa ni.. ya Allah, suka membuang masa ena ni... ena sekarang cuba untuk berubah
ReplyDeletesetuju sangat...jgn selalu salahkan masa :)
ReplyDelete