Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 31 October 2014

Kisah benar | Main dengan Makcik Hajjah





Terkejut berok mat yeh aku bila baca satu entri berani mati seorang blogger ni. Kisah benar (mengikut kata beliau) yang terjadi antara beliau dengan seorang makcik bertaraf hajjah pada malam itu. 

Aku ingatkan hanya cerita doktor dan nurse cun yang terlampau sahaja yang ada. Rupanya kisah benar tentang seorang hajjah juga ada. Teruskan pembacaan korang selepas gambar dibawah ini.



Aku malas nak buat rumours atau ulasan tentang kisah benar blogger tersebut dengan makcik hajjah tu. Korang baca sendiri kat bawah sini cerita beliau. Sikit pun tiada suntingan dari aku mahupun tapisan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia (Finas). Apa yang ada semuanya original dari blogger tersebut.

Jom baca dan ketahui kisah benar beliau main dengan makcik hajjah.
Cerita Main Dengan Makcik Hajjah ini sebenarnya adalah kisah nyata yang terjadi dalam hidupku malam tadi.Aku memang tak menyangka sama sekali dapat main dengan seorang makcik bergelar hajjah.Makcik hajjah ni sebenarnya isteri kepada salah seorang kawan/jiran satu tempat tinggal denganku.Walaupun isteri kepada kawan,tetapi nama betul makcik ni memang aku tak tahu. Aku biasanya hanya memanggil beliau dengan panggilan hajjah saja sama seperti panggilan yang digunakan oleh jiran-jiran lain.Maklumlah makcik hajjah ni dah 2 kali pergi ke Mekah, bekerja pula guru mengaji Al-Quran di tempat tinggal kami. Memang layaklah dia dipanggil hajjah berbanding dari nama sebenarnya.

Makcik hajjah ni orangnya sederhana, tak berapa tinggi tak berapa rendah.Umurnya pula dalam lingkungan 50 an,tapi kalau korang tengok memang tak percaya umurnya dah masuk 50 sebab makcik hajjah ni aku fikir memang kuat makan jamu atau pun memang terer awet muda.Kalau tak kenapa dia ni masih lagi cantik,berkulit halus dan putih serta masih cergas dan aktif.Lagipun,badannya yang sering dibalut dengan baju kurung dan tudung labuh,tidaklah nampak gemuk dan layu macam makcik-makcik lain. 

Cerita aku dan makcik hajjah ni main berlaku kat sebuah dewan yang tak jauh dari tempat tinggal kami. Malam tu sebenarnya wifeku tak ada jadi terpaksalah aku bersendiri. Nak dijadikan cerita,malam tu juga makcik hajjah tu pun tak berpartner sebab suaminya dah berpartner ngan orang lain.Melihat makcik hajjah yang malam tu cantik memakai track suit dan t-shirt dengan tudung yang tak berapa labuh, hanya duduk menunggu suaminya, jadi daripada aku sendiri-sendiri, aku cuba ler ajak makcik hajjah tu main ngan aku.Lagipun ada tempat tak ada orang untuk kami main.

Mula-mula makcik hajjah tu menolak, katanya dia tak berapa pandai.Bila aku kata aku pun bukan pandai sangat, tak sangka pulak dia setuju. Jadi mulalah kami main berdua.Walaupun makcik hajjah ni sudah berusia tapi yang membuat aku terkejut giler bila dia menunjukkan aksi yang benar-benar hebat.Lelah aku mengikut rentak permainannya, sampai berpeluh-peluh walau keadaan dalam dewan masa tu agak dingin.

Agak lama kami berdua main hingga mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke kemuncaknya. Memang makcik hajjah ni cergas dan hebat.Banyak juga skil-skil main yang dia tahu. Sampai 3 round kami main.Round pertama aku bermandi peluh.Memang lenjun habis aku dikerjakan makcik hajjah.Aku bagi dia ambil,dia bagi aku ambil.Round kedua,makcik hajjah pula lelah aku kerjakan.Mandi peluh juga dia menyambut pemberian aku.Begitu juga round ketiga, hingga akhirnya makcik hajjah tewas juga dengan permainanku.

Bila selesai main,makcik hajjah dah puas menelan air dan aku pun lega meneguk air, dalam keadaan tubuh yang masih lenjun oleh peluh,kami duduk melepaskan penat lelah. Dengan nafas yang masih sedikit termengah-mengah,kami berbual dan bercerita.


Ini antara perbualan kami berdua..

Makcik hajjah: Wah!hebat engkau ni ya,penat makcik engkau kerjakan.

Aku: Makcik pun sama.Berpeluh-peluh saya.

Makcik hajjah: Biasa makcik main 2 round je.Dengan engkau sampai 3 round.Seronok pulak.

Aku: ye ke?Makcik nak main lagi?

Makcik hajjah: Tak larat dah makcik malam ni.Malam esok kita main lagi.

Aku: Ye lah cik,senang-senang kita main lagi.Best main dengan makcik ni,macam..

Makcik hajjah: Macam apa tu?(belum habis cakap makcik dah menyampuk)

Aku: Kita main tadi tu kan cik.. lebih kurang cam Chong Wei main sama Lin Dan cik.

Makcik hajjah: Chong wei sama Lin Dan?

Aku: Ala masa diaorang main kat London baru-baru ni.

Makcik hajjah: Ooo...yang itu.Ada makcik tengok..tapi lupa pulak makcik kejohanan apa tu..

Aku: Kejohanan badminton dunia cik.Kan 3 round juga diaorang main.Sama cam kita main tadi,3 round. 

Selepas seketika berbual-bual dan peluh di tubuhku dah agak kering,aku pun meminta diri untuk pulang dulu.Sementara makcik hajjah masih menunggu suaminya yang masih lagi bermain di round ke-3 (set penentuan) dengan partnernya.

Dalam perjalanan pulang,aku berkira-kira dalam hati untuk membeli raket baru.Seronok pula rasanya dapat partner bermain yang 'boleh lawan' macam makcik hajjah.

Well, macam mana? Apa pendapat korang? Hebat tak makcik hajjah tu? Kepada korang semua, jom amalkan gaya hidup sihat. Dengan izin Allah, akan diberi kesihatan yang baik pada kita untuk kita terus beramal kepadaNYA.

Terima kasih kepada korang semua coz korang sudi baca sampai habis entri aku ni. Mohon maaf atas kesulitan yang ada. Kalau korang nak baca yang betul² dan real boleh klik entri INI.



Sumber cerita: Spices of heart



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-



No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.