السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Kota Bharu: Seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, selepas didapati bersalah terhadap tuduhan memaksa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melakukan seks oral dan mencabul mangsa, empat tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu terhadap Ishak Mahmud, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ishak didapati bersalah memaksa remaja itu melakukan seks oral dalam sebuah kereta peronda polis Proton Perdana di Kampung Air Terjun Bentagor, Pasir Puteh, pada jam 2 pagi, 2 Oktober 2009.
Dia turut menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan remaja terbabit pada waktu, tarikh dan tempat sama.
Bagi tuduhan pertama mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, Ishak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan lima sebatan manakala bagi tuduhan kedua pula, dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan lima sebatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. [ Harian Metro ]

Nota tapak kaki:Ni la yang orang lama-lama penah cakap, "harapkan pegar, pegar makan padi". Penjenayah ni tak kira rupa, mangsanya tak kenal siapa.Kalau tengok berita tv dan baca paper, kes jenayah ni ada saban hari.....semakin mengancam kehidupan dan keselamatan masyarakat kita sekarang ni. Memang Malaysia aman tapi warganya dah kurang selamat.Dah sampai masanya hukum hudud dilaksana demi kesejahteraan warga seluruhnya.Jazakallah.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.