AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 18 January 2013

Mana satu betul?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Huru hara jadinya bila 'sukan rakyat' seumpama bola sepak dicampuri urusannya oleh golongan bangsawan. Kehadiran mereka bukan untuk memartabatkan dan meningkatkan lagi penanda aras mutu bola sepak negara tapi sebaliknya. 

Mungkin orang kita memang selayaknya jadi bahan gelak ketawa dunia luar sana. Belum pernah dibuat dek orang komando masuk stadium semata-mata sultan nak tengok bola. Amboi ang......kemain ang na, itu sukan bukan medan perang. Lepaih tu boleh pula ang main konar baring semata-mata nak mengHALALkan sikap tak betui ang tu....


- Sekadar gambar hiasan
Abg long tengok Sultan Kelantan, Sultan Perak waima YDP Agong tengok bola pun takdak depa ni diiringi dengan komando lengkap senjata bagai. PM abg long Tok Jib tengok bola MU vs Chelsea yang lalu kat skrin besaq takdak pun komando or askaq dari Angkatan Tentera Malaysia lengkap uniform dan senjata bagai iringi beliau. Bila tengok gelagat suku sakat bendahara jadi sultan mula la abg long nak tepuk dahi ni ha...

Hanya prosedur biasa? SOP? SOP la sangat. c'mon la FAM @ Azzudin, jangan main wayang yang penuh temberang. Sekarang ni zaman maklumat dihujung jari. Toksah sangat la nak berkali kong dengan rakyat marhean. Jika kes Tan Sri Anuar Musa boleh je FAM hukum dia konon2 melanggar etika dan peraturan FIFA walaupun TSAM kritik masa tu demi meningkatkan mutu bola sepak negara. Tak kan kes komando atau JMF masuk stadium dengan lengkap bersenjata nak kata prosedur biasa gak. Rasanya dalam peraturan FIFA takdak semua ni kan? Ada eloknya FAM serta Azzudin teguq anak raja tersebut sebelum sakit bola kena sepak dinegara kita bertambah parah. Rakyat tak keliru, rakyat cuma menyampah!

Jangan kerana ianya dari kaum kerabat istana maka peraturan dan undang2 FIFA campak ntah ke mana. Undang2 dan peraturan FAM bakul sampahkan aje. Ini la payahnya bila orang istana pegang persatuan dan badan yang tak berkaitan istana, imuniti di istana depa bawa juga masuk dalam persatuan. Depa tak tau ka yang persatuan tu untuk semua termasuk rakyat marhean, sedangkan istana hanya untuk depa. Bila rakyat marhean tegur mula la guna kuasa imuniti depa. Jadi, sampai bila sukan terutamanya bola kena sepak dinegara kita nak maju dan bertaraf dunia?

Abg long bukan anti JDT atau anti Johorian. Cuma abg long utarakan apa yang abg long fikir betui.  Kalau angpa yang baca rasa tak betui apa abg long kata terpulang la pada hemat memasing. Pendapat abg long bukannya MANDATORI. Ramai juga dikalangan sahabat2 abg long dari Johor yang tidak bersetuju dengan kewujudan JDT. Mereka sakit hati bila stadium Pasir Gudang yang satu ketika dulu bergemerlapan kini suram dek tangan2 yang mencengkam. Macam mana tetiba fungsi stadium untuk pasukan yang dikenali sebagai lebah suatu ketika dulu boleh bertukar fungsinya. Angpa semua orang Johor suka ka dengan JDT? Harap pengurusan JDT dan fans JDT tidak menjadi Mat Jenin dah la yer.....Harap depa boleh tengok sejarah kewujudan JDT. Dari mana asal usul dia. Tapi, idak la ia datang dan lahir dari istana walaupun diterajui seorang anak raja yang bakal menjadi ketua agama. Sejarah itu perlu semua hadam sampai lunyai. 

Kosmo kata yang masuk stadium tu Johor Military Force. Manakala myMetro kata komando GGK. Aduhaiiiiiiiiiiiiiiiii.......kan dah bagi pening rakyat marhean macam abg long nih ha. Mana satu betul? Belum lagi dirujuk pada akhbar2 utama yang lain.....Mau ketat jiwa dibuatnya. FAM kata prosedur biasa, anak raja kata komando jaga sultan, peminat bola kena sepak kata menyampah dan meluat....orang luar kata? hmmmmm....angpa pikiaq la sendiri.




Angpa boleh baca di Kosmo Online dan myMetro untuk lebih lanjut. Apa yang abg long nampak mungkin tak sama apa yang angpa nampak.

Jika tiada tindakan kes komando @ JMF ini maka ternyata la FAM dan JDT adalah dua pertubuhan yang mempunyai imuniti istana yang sampai kiamat pun buat apa pun takpa....HaHaHa...

K.B.T 

Jazakallah fiikum



Nota Diari:
Nak tahu apa itu K.B.T? sila emel abg long.....HiHiHi
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. sultan ade hak tok dtg tgok perlawanan tuh.. xde slh nyer.. sultan johor dh laburkan bnyak duit tok beli pemain buat JDT.. tak salah kalau beliau nak tgk dgn mte sendiri pulangan pelaburan dye.. just pendaPAT

    ReplyDelete
  2. Lantaklah dia nak bawak seluruh komando masuk stadium ke apa? komando pun nak tengok bola jugok...kahkahkah

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.