AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 4 January 2013

Adakah sebab bencana semata?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi dalam berita tv9 ada laporkan berita perihal tanah runtuh yang meranapkan beberapa kenderaan dan motosikal semalam. Lantas abg long belek akhbar2 online kot-kot ada berita tentang kejadian tersebut secara details.



Kejadian berlaku kat Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights, Subang jaya 6.15 petang semalam. Cuaca pada waktu kejadian cerah mengikut kata mangsa. Namun, tetiba sahaja tanah runtuh lalu menghempap kereta dia.


Keadaan cuaca ketika itu cerah dan tidak hujankatanya yang memberitahu turut melihat jelas sebuah Perodua Viva dan Toyota Vios yang melalui jalan sama ‘bermandi’ lumpur.
Untuk bacaan dan tengok bidio tempat kejadian secara lebih lanjut angpa boleh terjah SINI

Sebenarnya, bencana itu adalah peringatan dari Allah SWT. Peringatan DIA tak kira masa. Baik tengah cuaca elok mahupun cuaca tengah buruk. Kun faya kun itu hak mutlak DIA. Bila-bila masa sahaja DIA berkehendak maka sesuatu betah terjadi.

Bencana ini juga sebetulnya disebabkan oleh tangan kita (manusia) sendiri, yang terus-terusan melakukan kerosakan dimuka bumi ini. Baik kerosakan terhadap alam sekitar mahupun kerosakan terhadap akidah dan juga agama Allah.

Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (Al-Rum: 41)

Bagi abg long la kan, Allah SWT menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya.

Islam tidak menyekat pembangunan dan pemodenan, namun ada batas-batasannya. Jika kita rakus mengejar dunia sehingga terlupa akan DIA. Maka peringatan la DIA akan beri buat kita dengan menyuruh alam agar berbicara.

Balasan DIA tidak mengenal siapa. Baik yang jahil mahupun yang beriman semuanya akan merasa jika Allah SWT mulai murka. Takziah buat mereka yang terlibat dalam tragedi kala senja menghambat malam ini. Semoga ia memberi iktibar buat kita semua. 

Jazakallah fiikum.


Photo: myMetro
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.