AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 8 November 2012

Personal loan | wajar atau tidak?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 

Perlu dan wajarkah untuk ambil personal loan? Bagaimana dengan pembayaran dan faedahnya nanti? Mampukah duit gaji untuk berbaki nanti?

Time ni banyak la persoalan berlegar2 menerjah kotak hitam. Timbang tara pun bermula sama ada meminjam (berhutang) wajar atau sebaliknya.

Tapi, hidup zaman sekarang ni kalau tidak berhutang memang tak sah. Setiap 9 dari 10 orang yang ada kat Malaysia ini ada buku 555 memasing (termasuk la abg long)....HiHiHi...Bukan diri nak sangat berhutang tapi sistem yang memaksa. Betui dak?

Seawal belajar diri dah pun terbeban dengan hutang. Apa nak buat. Nasib la kan. Anak orang susah, bonda ayahanda bukan orang berada.....Nak anak masuk U duit takde. Dulu ada juga biasiswa. Boleh la diri berasa sedikit lega walaupun tak banyak mana.

Berbalik pada personal loan tadi. Jika angpa mampu adakan segala untuk memiliki rumah idaman, kereta yang diangan-angankan serta isteri kecintaan tanpa buat personal loan memang baguih la. Itu bermakna angpa memang seorang Pengurus Wang yang super duper hebat. Tapi kan, rasanya tak ramai la yang mampu memiliki tiga perkara utama tersebut dengan tidak berhutang.

Cuma abg long nak la pesan kat angpa, jika nak buat personal loan tu jangan aci redah satu bank ja. Seeloknya angpa terjah semua bank yang ada. Tengok benefit yang depa bagi kat angpa. 

sedikit pengkongsian berguna untuk buat loan. Kita ni pengguna, jadi kena la tau hak-hak kita. 

  1. Paling tidak pun kita kena tau beza kadar riba (interest) untuk setiap Ringgit Malaysia yang kita nak pinjam dari depa. 
  2. Bukan itu saja, kita kena juga buat kira2 berapa kadar insurans depa duk tibai atas nilai pinjaman kita. Tanya depa berapa percent nila riba untuk insurans yang ada.
  3. Lagi pendek kita ikat perjanjian, lagi la baguih. Depa kalau boleh nak kita pinjam dalam tempoh masa yang lama. Konon2 kecil bayaran bulanan dan tidak membebankan. Yang ni pun angpa kena conggak, tolak, kali dan bahagi secomel-comelnya. 

Yang paling-paling penting, gaji angpa tu jangan la sampai nak beli maggi pun tak lepaih nanti....Naya kat tengkuk dengan tekak duk pose hari-hari.....HiHiHi....

Tadi siang abg long panjat tangga bank punya la berkoyan-koyan. Berpeluh atas bawah, melekit tang celah semata-mata nak bantu pihak bank menjana pendapatan depa. Akhirnya sebuah bank itu berjaya menawan dan membuatkan hati abg long tertawan.

Oh ya, sebelum nak buat peersonal loan tu kena la tanya diri. Pasai pa aku nak buat personal loan ni? Bukan apa, supaya pelaburan yang kita buat tu tidak terbuang tak tentu hala. 

Seeloknya kalau nak buat personal loan ni angpa melabur dalam perniagaan yang menguntungkan. Baru la besok2 tak pening kepala pikiaq hutang yang duk ada. Kat mana angpa boleh melabur?

1. Rumah
Dah tentu rega rumah tak pernah turun. Duk naik lagi ada. Aset masa depan namanya. jadi tak rugi kalau angpa nak beli.
2. Tanah
Yang ni pun tak rugi kalau beli. Pandai melabur income masyukkkk penuh poket kanan kiri. Kalau beli tanah pertanian boleh bercucuk tanam. tak pun bela ja binatang ternakan.
3. Emas
Bab emas ni kalau nak beli yang ntahapaapantah takut juga kan?. Mana tau Bank Negara meroyan lagi. Abis pelaburan terbako tanpa api. Seeloknya angpa beli ja emas kat kedai emas tu ha. Kalau angpa jantan toksah la duk pakai pula. HARAM. Untuk pelaburan angpa beli la untuk mak, adik pompuan atau isteri angpa pakai. Biaq pi depa pakai untuk angpa. (orang pompuan mesti pakat2 sokong statment best abg long ni kan...HaHaHa...)
4. Bini-bini
Toksah la duk buat loan semata-mata nak tambah cawangan. Tapi yang tak berbini lagi dan rasa nak berbini boleh ja kalau nak buat personal loan ni. Pelaburan yang baguih apa buat loan untuk berbini. Setahun keluaq kembo dua yang comel-comel gerenti dunia akan tambah warna-warni.

Abg long tengah duk conggak, tambah, kali dan bahagi.....nombor mana satu menjadi pilihan merah hati....HiHiHi.....Boleh angpa bagi cadangan untuk abg long ni? 


Hidup zaman sekarang memang tak lari dari berhutang. Jadi, personal loan ni wajar ke tidak? Well, Angpa pikiaq la sendiri na. Angpa pun dah besaq panjang dah. 

Wallahualam

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

4 comments:

  1. Dah lama ta buat lawatan dekat sini huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg long taw ang busy,
      sikit pn abg long tak amik hati.
      HiHiHi...

      Delete
  2. Fie rasa ramai orang muda sekarang buat personal loan untuk kawin. Bunyi macam mengada je, tapi bila fikir fikir balik. Betul jugak. Yelah umur 23,24 baru lepas degree. Lepas tu nak cari kerja lagi. let say 25 start kerja, sempat ke nak kumpul duit 30k nak buat beli kereta lagi paling cikai beli motor lepas tu nak fikir untuk masa depan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HiHiHi....ayt fie tu mcm dh dekat ja majlis mkn2 nasi gulai kawah. bila tu? hahaha

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.