بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kekadang abg long pelik dengan sikap sesetengah bangsa abg long ni. Suka menyusahkan bangsa sendiri dan suka menganiayai. Bangsa lain duk pakat tolong bangsa depa, bangsa kita pula suka menjatuhkan sesama.
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Kekadang abg long pelik dengan sikap sesetengah bangsa abg long ni. Suka menyusahkan bangsa sendiri dan suka menganiayai. Bangsa lain duk pakat tolong bangsa depa, bangsa kita pula suka menjatuhkan sesama.
Perkara inilah yang membuatkan abg long termanggu panjang diruang waktu. Sifat dengki dan iri hati seakan sebati dalam diri bangsa kita. Adu domba adalah zikir panjang yang tiada titik noktah dalam kehidupan. Inilah pahit yang harus abg long dan angpa semua telan. Namun, abg long tetap berdoa agar pahit ini bisa menjadi penawar mujarab untuk kehidupan yang dipinjamkan.
Dalam ukhuwah kita sepatutnya saling menghormati, mempercayai......juga saling melindungi. Untuk apa ukhuwah andai ia bukan dihati?
Alangkah indah hidup ini jika kita saling melengkapi. Nasihat-menasihati kerana Ilahi. Kita hidup bukan sahaja untuk menerima, tapi juga memberi atas Redhanya Dia.
Hari ni terasa sedikit ketat tang jiwa bila kesilapan 'orang' terpaksa diri mengalasnya. Bila kita baik (baik ke?...hmmmm....sedikit baik kot...HiHiHi..), mula la orang pijak tang kepala. Kekadang nak je sendiri menyendiri.
Abg long hanya mampu berdoa supaya bangsa abg long berubah lenggok jalan hidupnya agar lebih sopan, tertib dan yang paling utama derap langkah kita kelak mendapat pengiktirafan Syurga Dia.
Perlu kita ingat, tidak salah menegur yang salah. Tetapi, yang menjadi ia salah ialah bila kita sengaja mencari orang punya salah.
Kita hidup biarlah sweet......Comel luar-dalam. Akhirat kelak kita nak ke syurga Tuhan, bukan neraka menjadi pilihan bertemankan setan.
✿~ FIKIRKANLAH yang baik-baik.
✿~ KATAKANLAH yang baik-baik.
✿~ LAKUKANLAH yang baik-baik.
✿~ Dalam PERGAULAN DAN PEKERJAAN yang baik.
JANGAN hanya melihat keburukan orang lain. Cubalah dalam sehari, kita mengunci mulut kita dari MEMBICARAKAN KEBURUKAN orang lain atau berbicara perkara yang sia-sia. Beri dan sebarkanlah kebaikan kepada orang lain. InsyaAllah.....kita pasti bahagia.
Barakallah fiikum.
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
try cari kesalahan diri pulak :)
ReplyDeleteakan perbaiki apa yg kurang...insyaAllah
Deletethanks sudi sggh dan bg ingatan
kwn yang baek adalah menegur kesalahn yg shbt lakukan bukan mengiakan keslhn shbt sudah lakukan
ReplyDeletebtol...tegur lah dengan keSABARan
Delete