بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sumber: Diubahsuai dari Cara Memikat Wanita Dot Blogspot Dot Com
___________________________________________________________
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Di zaman manusia siang malam bertemankan blogspot.com istilah perigi cari timba bukan perkara yang pelik bin ajaib atau malu-malu meow untuk dilakukan. Tak salah pun untuk wanita memikat lelaki. Tak ada dalam nas pun yang mengatakan berdosa besaq bagi wanita yang memikat lelaki. Cuma, hukum alam sahaja yang menidakkannya lantaran wanita itu sifatnya lemah lembut dan sopan-santun.
Di zaman manusia siang malam bertemankan blogspot.com istilah perigi cari timba bukan perkara yang pelik bin ajaib atau malu-malu meow untuk dilakukan. Tak salah pun untuk wanita memikat lelaki. Tak ada dalam nas pun yang mengatakan berdosa besaq bagi wanita yang memikat lelaki. Cuma, hukum alam sahaja yang menidakkannya lantaran wanita itu sifatnya lemah lembut dan sopan-santun.
Jadi, tak salah sikit pun wanita zaman Muka Buku dan zaman wujudnya blog sekarang ni nak mencari dan memilih lelaki yang terbaik dalam hidupnya. Lagipun kan, semakin lama populasi lelaki menjadi limited edition berbanding wanita. Situasi 'limited edition' ini sudah menjadi rahsia umum dan memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Tinggal lagi, bagaimanakah Si Cantik nak mendapatkan Si Kacak yang awesome yang didambakan.
Sebetuinya ramai kaum hawa diluar sana terlepas pandang banyak perkara penting atau ambil mudah untuk memikat lelaki. Tapi jangan risau, ni abg long ada tips dia bagaimana nak tackle atau memikat Si Kacak. Supaya angpa Si Cantik tak berputih mata dan terlepas dari menjadi mangsa sumpahan adartu yang boleh mengetatkan jiwa....HaHaHa....
Antara perkara yang perlu angpa Si Cantik take note dalam memikat Si Kacak ialah;
1. Paras dan tubuh badan yang cantikAnda tanyalah mana-mana lelaki majoriti dari mereka pasti suka melihat wanita yang cantik dan mempunyai susuk tubuh yang menawan lagi mantop bak kata Shamsul Ghau-ghau. Cara memikat lelaki ni cukup berkesan. Well....well....well....pasti ada segelintir yang tidak berapa ada sifat ini akan berasa sedikit kecewa. Nanti dulu, jangan mudah gelabah.....angpa perlu bersikap positif dalam hidup.Cantik tu kan subjektif. Ada kata Si Melah tu lawa, ada yang kata Si Milah lagi lawa. Ada pula yang kata Si Melah dan Si Milah ni tak lawa dan tak mantop pun. Yang paling mantop janda RCW ja. Siapakah dia janda RCW? HiHiHi.....cu angpa teka siapakah dia.Jadi, angpa toksah la nak sendu-sedan. Setiap kaum adam punya ukurannya yang tersendiri. Apa yang boleh angpa buat adalah jaga kulit wajah dari sebarang masalah kulit. Itu sudah cukup. Sekiranya angpa mempunyai tubuh badan yang sedikit besar angpa WAJIB bersenam dan ikut diet yang betul supaya tubuh badan angpa ada Ummphh!
2. Bersifat jujur dan berterus-terang.Satu perkara yang cukup dibenci oleh kaum adam ialah bila ditipu dan 'dikencing' (macam la orang lelaki ni semuanya jujur kan? HaHaHa...). Cara memikat Si Kacak yang awesome ialah angpa perlu bersifat jujur dan jangan angpa cuba-cuba untuk menipu tanpa sebab yang munasabah atau saja-saja suka suki hati nak kenakan itu lelaki. Orang lama-lama pernah berpesan, “Berkata benarlah walaupun pahit untuk diterima.” Pegang konsep tersebut okey. Jika ada masalah anda harus berbincang dengan baik dengannya. Pasti dia akan faham. InsyaAllah.
3. Jangan bandingkan Si Dia dengan lelaki-lelaki kamu yang lain.Kalau angpa nak memikat lelaki dengan serius giler dot com ada eloknya angpa jangan duk bandingkan dia dengan lelaki-lelaki lain yang angpa kenali atau lebih teruk angpa bandingkan dia dengan ex-boyfriend angpa. Giler meroyan apa perlu angpa buat lagu tu? Perbuatan sedemikian memang bodoh piang nak mampus gali kubo sendiri namanya. Abg long aci potong 'tutttttttttt' yang angpa akan gagal kalau buat mende bodoh lagu tu. Angpa seharusnya menerima kekurangan yang ada pada Si Kacak yang angpa minati itu seadanya. Nobody Perfect..betul tak?? Ala....angpa pun bukan sempurna mana gak pun.....HiHiHi....
4. Wanita bersikap matang dambaan semua lelaki.Sekiranya anda mempunyai sifat kebudak-budakan yang terlalu 'hyperactive' sila la berubah sedikit demi sedikit. Lelaki memang suka wanita atau gadis yang Manjakani tetapi cukup menyampah dengan perempuan yang gedik dot com. Cara memikat lelaki yang efektif adalah dengan menunjukkan sikap matang angpa dalam menghadapi sesuatu perkara atau masalah. Pada mata lelaki wanita sebegitu nampak bijaksana dan bijaksini serta mampu untuk berkongsi apa sahaja (maksud kongsi apa saja ni ialah perkara2 yang tidak melanggar hukum syarak. Nak kongsi lebih-lebih kena la nikah dulu ya......HaHaHa...).Si Kacak yang awesome ni dia memang suka jika angpa Si Cantik ada sifat-sifat keibuan. Ye la kan, nanti angpa gak nak jadi ibu dan nenek untuk anak serta cucu-cucunya. Jadi, tanam dalam diri angpa untuk menjadi Si Cantik yang menyayangi binatang......HeHeHe!Angpa juga perlu la mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara untuk memastikan angpa kelihatan anggun dan jelita. Angpa tak tahu apa itu prinsip ke-5 rukun negara? Jika tak tahu, Ada comelnya angpa masuk sekolah mengaji semula.....KahKahKah!
5. Bersifat sederhana dalam sebarang perkara.Bersederhanalah dalam hidup angpa. Sederhana merupakan radar yang paling optimum dalam sebarang perkara. Sebab tu lelaki sangat suka pada wanita yang sederhana. Dari segi penampilan, cara anda berkomunikasi, cara bersederhana dalam berbelanja merupakan kunci memikat Si Kacak yang awesome.Kalau angpa Si Cantik yang punyai kelulusan pendidikan tinggi mahupun jawatan yang maha tinggi bak menara jam kat arab saudi jangan pula angpa nak menunjuk-nunjuk status elit angpa tu kat dia. Sweet dan comel jika angpa lebih merendah diri dari meninggi diri.
Abg long harap tips ini sedikit sebanyak dapat membantu angpa Si Cantik untuk mendapat cinta Si Kacak yang menjadi dambaan hati.
Selain mengamalkan tips ini, abg long juga suka jika angpa Si Cantik bersolat sunat tahajjud dan sunat istikarah memohon padaNYA dalam urusan jodoh ini.
Barakallah fiikum
Sumber: Diubahsuai dari Cara Memikat Wanita Dot Blogspot Dot Com
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
Terbaiklah bro...! Pas ni adala idea gua hahaha... Kalau tak andartu saja la gua ya!
ReplyDelete