Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 2 November 2012

Doa | Biar aku bisa bahagia walaupun tanpa dirinya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kepada sahabat-sahabat yang berada dipersimpangan dilema dalam relationship elok benar selalu berdoa memohon pada Allah swt. Solat sunat istikarah dan tahhajud itu penting. Amalkan mengerjakannya setiap masa jika ada runag dan peluang. Mohon pada Dia, insyaAllah dipermudahkan untuk kita.

Ya Allah Ya Fattah Ya Rahmanirahim
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku
Titipkalah kemesraan antara kami
Agar kebahagian kami kekal abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku
Bawaalah dia jauh dari pandanganku
Luput dari ingatanku
Dan, peliharalah aku dari kecewa

Tuhanku yang Maha Tercinta
Berikanlah aku pertunjukMu
Dalam melayari kehidupan ini
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Allah Ya Rahim
Kuatkalah semangatku
Agar dapatku lontarkan bayangan dan nostalgianya
Jauh dari hati ini

Dan Tuhan ku Yang Maha Mengerti
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Meskipun tidak sama denga dirinya

Ku pohon Ya Allah
Agar Engkau lesapkan perasaan ini
Biar sekuat manapun aku menyintai dirinya

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan dia sememangnya menjadi milikku
Ku pohon agar Engkau memperkuatkan lagi
Cintanya kepadaku
Sepertimana kuatnya aku mencintainya

Amin
Suatu ketika dulu, doa ni lah yang abg long selalu titipkan diakhir solat tatkala hati disapa gundah dan resah.....saat luka kecewa yang tak sudah.

Alhamdulillah, walaupun cerita cinta itu akhirannya mati namun abg long kuat untuk menghadapi. Kerana abg long yakin atas segala perancangan terbaik Dia buat hambanya.

Kisah berbelas tahun yang lalu tetiba menyapa ingatan. Dan, doa ini tetap menjadi penguat   diri tika hati tidak lagi mampu untuk berdiri.


Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.