Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 8 November 2012

Best ke sekolah cuti?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 

Dah masuk pertengahan November. Hari ni last day bintang-bintang hati abg long bersuka ria kat sekolah. Mulai esok mereka dah boleh nak sambung tidoq secara marothon seusai mengerjakan solat subuh.

Lepaih ni jiwa depa tenang setenang Si Tenang sebab tak perlu nak mengadap wajah kiut abg long tika marah. Ala...marah pun bukan sebab pa. Marah kerana sayang. Supaya depa jadi insan dan bukannya haiwan. 

Hari ni last day sesi persekolahan 2012 bagi negeri-negeri tidak bersekutu. Manakala bagi negeri-negeri bersekutu pula esok (Jumaat) adalah hari terakhir persekolahan. Seronok la pelajar semua sebab dapat bercuti lama. Ada la lebih kurang 53 hari depa bercuti. Lama sakan kan depa bercuti?

Best ke sekolah cuti? Yang best dah tentu la budak-budaknya. Cikgu tetap masuk sekolah macam biasa. Minggu pertama cuti stay back buat gerak kerja 2012 yang menimbun duk ada serta setup untuk 2013 punya gerak kerja. Minggu kedua cuti kena mai juga, dengar angin sepoi-sepoi bahasa kata result UPSR keluaq 19hb nanti. Insan-insan terpilih di KPM dan Majlis Peperiksaan dah jem, sepatutnya b4 cuti sekolah lagi result dah keluar. Apa jadi dengan tahun ni???

Budak2 je la yang best bercuti.....Cikgu bertugas jaga sekolah macam biasa. Kepada sahabat2 guru semua jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda. Bertugas di musim cuti seemangnya merujakan. Semua orang senyumnya sampai ke telinga.

Cuti sekolah ni mak bapak la yang akan sibuk sikit. Ye la kan, anak-anak semua melepak kat rumah dari siang sampai malam. Jika dapur sebelum ni jarang panas, time cuti sekolah la ia kembali hangat. Suasana damai rumah pasti akan bertukar riuh-rendah. Dengaq cerita, ada ibu-ibu yang dah pun sediakan  stok makanan untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah ini. Cuti-cuti ni la nak merasa naikkan berat badan...HaHaHa.....Apa tidaknya, makan tanggung berat ngangkung....KahKahKah....

Kepada semua bintang-bintang hati abg long dan student seluruh Malaysia, abg long ucapkan selamat bercuti. Harap kalian jaga diri. Sekarang ni musim banjir. Harap ibu bapa dapat mengawasi pergerakkan anak-anak supaya tahu ke mana hala mereka. 

Buku untuk sesi 2013 memasing semua dah dapat. Harap cuti nanti gunakan masa yang ada untuk membaca. Itulah tujuan buku teks diberi sebelum masuk sesi persekolahan baru. Supaya mereka datang sekolah sesi baru dengan perasaan ingin tahu. Baru syok pengajaran dan pembelajaran berlaku.


Next entri abg long akan story apa benda yang abg long dan rerakan sejawat lakukan disekolah sepanjang budak-budak bercuti. Orang nampak kerja cikgu best. Tapi kan, "berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya".

Sekali lagi pesanan dari abg long untuk semua student. Jauhi ayaq banjir. Jangan main hujan nanti demam. Sila baca buku yang telah dibekalkan oleh oleh pihak sekolah melalui skim SPBT. Balut dan sayangilah buku anda itu....HuHuHu.....SELAMAT BERCUTI SEMUA.

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

4 comments:

  1. Ehehhhh kita freee je minggu minggu seterusnya. Hiks. Selamat bercuti abg long

    ReplyDelete
  2. Abg long kita ta dapat cuti pun sedih ni hahaha

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.