بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Antara dua darjat. Itulah perumpamaan yang boleh diperkatakan kepada jalan2 di Malaysia, yakni jalan raya kebangsaan atau pun laluan persekutuan, jalan raya negeri atau wilayah, jalan perbandaran serta jalan-jalan lain termasuk jalan kampung dan jalan estet berbanding lebuhraya2 yang ada.
Kenapa abg long berkata sedemikian? Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian abg long sendiri. Keadaan jalan2 yang abg long nyatakan tadi amat berbeza kualitinya berbanding keadaan lebuhraya yang ada.
Bila berlaku kemalangan, maka pemandu yang akan dipersalahkan. Konon2 kemalangan yang berlaku itu akibat dari kecuaian pemandu. Walhal, keadaan permukaan jalan yang tidak elok dan selamat juga memainkan peranan utama ke arah berlakunya kemalangan. Ini kita tidak boleh nafikan. Apa yang abg long musykilkan ialah tahap kualiti jalan yang ada sekarang.
Apakah peranan JKR (Jabatan Kerja Raya) di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) dalam mengurus selia jalan2 raya dibawah bidang kuasanya? Bagaimana projek yang bernilai tinggi boleh diserahkan kepada kontraktor yang tidak berwibawa? Kenapa pemantauan tidak dilakukan ditapak projek oleh mereka? Adakah mereka hanya memantau kontraktor yang diberi kontrak tersebut melalui kerusi empuk dengan menggunakan remote?
Bayangkan, jalan yang diperbaiki tidak sampai dua minggu sudah hancur dan rosak kembali. Belum sempat line putih dibina, jalan dah berlopak, pecah dan rosak. Mana standart kualitinya? NKRA gagasan PM tak akan ke mana jika gerak kerja lama masih diamalkan oleh hantu2 raya yang menghuni Kementeriaan Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya.
Angpa nampak tak anak panah kaler merah dalam gambaq atas tu? Itu batu-batan yang kontraktor longgokkan tepi bahu jalan. Mungkin depa nak mengaburi mata pihak berwajib konon2 depa taruk batu sebelum taruk tar. Macam ni punya orang pun ada?
Kat bawah ni pula keadaan jalan yang telah diperbaiki pada awal bulan Februari lalu namun masuk bulan Jun dah jahanam tahap tepu. Tak kan disebabkan lori dan traktor kelapa sawit lalu hendak dijadikan alasan atas kerosakkan jalan. Bukan ke buat jalan untuk dilalui oleh semua kenderaan? Jalan Kuantan ke Gebeng lori berkoyan2 lalu ok duk ada ja.....Depa ingat orang sekarang bodoh lagi dunggu. Sekarang ni zaman muka buku, zaman blog engkau-blog aku.....zaman orang tak telan maklumat membuta kayu.
Abg long ada sms JKR melalui signboard yang depa pacak tepi jalan tersebut. Memaklumkan keadaan jalan yang macam haram ni. Suruh depa turun pantau. Depa just reply sms abg long lebih kurang macam gini, "terima kasih atas kesudian anda berurusan dengan kami. Aduan dan masalah anda akan kami tanggani." Namun, sampai sekarang tiada gerak kerja dari depa untuk menanggani permasalahan yang ada. Mungkin depa sayang nak tinggalkan bilik aircond dan kerusi empuk kat pejabat sana.
NotaDiari:
___________________________________________________________

Membaca fungsi KKR ini sungguh indah sekali. Namun, perlaksanaannya mungkin indah khabar dari rupa |
Visi dan misi ini hanya akan menjadi tulisan semata-mata jika warga JKR tidak memahami makna dia dan masih bekerja ditakuk lama |
Kat bawah ni gambaq jalan yang seringkali abg long dan rerakan sejawat abg long lalui sepanjang urusan bekerja. Walaupun telah dibaiki, namun tidak sampai dua minggu rosak kembali. Situasi yang terpaksa kami hadami dengan perit hati.
Bangla dengan geng2 dia yang tengah duk sibukkan diri buat garisan putih tu pelik je nengok abg long duk snap gambaq tengah panas berpuluh2 darjah celcius.
Angpa nampak tak anak panah kaler merah dalam gambaq atas tu? Itu batu-batan yang kontraktor longgokkan tepi bahu jalan. Mungkin depa nak mengaburi mata pihak berwajib konon2 depa taruk batu sebelum taruk tar. Macam ni punya orang pun ada?
Kat bawah ni pula keadaan jalan yang telah diperbaiki pada awal bulan Februari lalu namun masuk bulan Jun dah jahanam tahap tepu. Tak kan disebabkan lori dan traktor kelapa sawit lalu hendak dijadikan alasan atas kerosakkan jalan. Bukan ke buat jalan untuk dilalui oleh semua kenderaan? Jalan Kuantan ke Gebeng lori berkoyan2 lalu ok duk ada ja.....Depa ingat orang sekarang bodoh lagi dunggu. Sekarang ni zaman muka buku, zaman blog engkau-blog aku.....zaman orang tak telan maklumat membuta kayu.
Abg long ada sms JKR melalui signboard yang depa pacak tepi jalan tersebut. Memaklumkan keadaan jalan yang macam haram ni. Suruh depa turun pantau. Depa just reply sms abg long lebih kurang macam gini, "terima kasih atas kesudian anda berurusan dengan kami. Aduan dan masalah anda akan kami tanggani." Namun, sampai sekarang tiada gerak kerja dari depa untuk menanggani permasalahan yang ada. Mungkin depa sayang nak tinggalkan bilik aircond dan kerusi empuk kat pejabat sana.
Jika masih ada segelintir orang kita masih buat kerja macam lembu macam mana negara nak maju.
Ntah la....cakap salah, tak cakap kan lagi la serba salah. Depa ada akai, abg long harap depa pakai.
Untuk Renungan bersama,
- Bezanya kita dengan mereka -
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
Wallahualam
Barakallah fiikum
NotaDiari:
Abg long dah emel kat KKR dan JKR. Tunggu maklum balas dari depa saja. Kalau ada orang2 KKR dan JKR baca blog dan entri abg long ni harap depa take note pemasalahan ini.
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
salam abg long iman salute dekat abg long cz xsmua org berani wat gni.xd nafikan la benda nh smua ag2 iman thn lepas penah amik subjek enyelengrn jalanraya.yes meme iman akui mslh realiti sbnr n kami yg membincgkan hanya mampu bersuara tapi pihak kontraktor ada yg mengambil kesempatan untuk memkn duit atasan. Lecturer iman pon ada gtau kdg2 konraktor buat sambil lewa then dyorg gune bhn yg murah2 dlm maintence.slbhnya dyorg selok msk dlm perot msg2.Yg 1 ag iman nak luahkan bukan la iman nk ckp tpi realiti tau.time nk PRU kdg2 jalan yg xsepttnya d tar dyorg tar abeh tapi bile xd PRU mnx berjuta kali nk buat jalan tar n baiki pon sekarat. Mungkin dyorg tgk julat n populasi mnusia yg tinggl kt ksn 2 then dyorg pikir mslh 2 jz small matter je.Ag2 kwsn pendalamn
ReplyDeletebila ugama semakin tandus dlm diri setiap hambaNYA ginilah jadinya.
Delete