Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Showing posts with label Wedding Photographer. Show all posts
Showing posts with label Wedding Photographer. Show all posts

Tuesday, 11 March 2014

Hasil karya photography



Semalam aku ada janji dengan korang semua nak updates entri berkenaan hasil sunrise dan sunset masa hadiri kelas Amazing CLICK! Workshop Photograpy  kan.....Well, untuk tidak menghampakan korang semua, aku tepek beberapa keping gambar menarik karya peserta2 merangkap sahabat2 sehobi aku semua.

Aku up kat sini, bukan apa...untuk kita sesama menghayati keindahan alam milik Tuhan.  Agar kita mampu belajar erti kehidupan waima dari sekeping gambar. Alam ini Dia bagi percuma kepada kita, tak perlu bayar sikit pun hatta dengan harga RM1 (sila jangan politikan  ayat ini). Apa yang perlu kita buat adalah kita just follow apa yang Dia suruh dan larang sahaja. 

Well.....terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 

Sunrise at Pantai Penunjuk (Sleeping Giant), Kemaman, Terengganu.

Photo by: Mafiaburger burger
Photo by: JW Hisham Marmin

Sunset at Pantai Marina Beach (Telaga Simpul), Kemaman, Terengganu.

Photo by: Saikhul Awang

Photo by: Digital Raudhah Photography

Photo by: Raja Bulyamin Raja Abdullah

Photo by: Pok Jek
Tak ramai yang up karya memasing. Maybe masing2 masih dalam mood ketaklaratan. Nanti aku share lagi dengan korang gambar2 best dan menarik. Insyallah. Gambar dari Digital Raudhah Photography tu sedikit terganggu coz masa aku tengah sedap mengeshoot tetiba tripod tak balance....gegar....tapi aku up juga sesaje mengisi ruang yang ada....HeHeHe...

Sesungguhnya alam ini telalu indah untuk kita musnahkan. Dan sesungguhnya Dia maha berkuasa, dan kita tak sepatutnya bersikap sombong sesama manusia apatah lagi dengan Dia..


Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday, 7 March 2014

Photography Workshop




Amazing Clik! Photography Workshop kini kembali lagi. Kali ni diadakan di Kemaman. Aku bab2 ni memang gagal untuk meloloskan diri dari tidak join....HeHeHe....Jadi, aku antara salah seorang peserta dia.

Macam aku selalu bagitau la, kita kalau nak ilmu kena pergi cari ilmu.....bukan tunggu ilmu tu datang singgah lepak bawah dagu. Prinsip ilmu itu sendiri suh kita cari tok guru, bukan sebaliknya.

Kursus ni dua hari je, hari ni dengan esok.....nampaknya tak berupdates pula la kot blog ni seminggu lagi. Ye la kan, balik kursus dah tentu penat......banyak lagi kerja buat yang perlu aku hadap.....Padahal banyak menda yang aku nak kongsi dengan korang.

Tapi aku harap korang boleh sabar la yer. Belum ada lagi kes pasal tak baca entri baru kat blog aku ni maka mengidap penyakit diabetis atau kencing tak lawas.....Nanti dah ada yang sedemikian baru aku updates blog laju2 360km/j everyday eveready....ahaks3.....tapi aku harap dan doakan korang yang singgah baca blog aku ni sihat2 belaka. 

Insyallah.....nanti aku story pasal kurus kursus photography workshop yang aku join ni untuk membakar semangat korang dalam aktiviti mencari ilmu. Insyallah juga, nanti aku tepek gambar2 yang comei dan sweet untuk tatapan kornea korang semua.

Jadi, sementara aku pergi kursus photography workshop ni. Korang lepak2 la kat blog aku ni, jamah baca la mana yang korang rasa suai. Ingat! ambik yang baik2 jer dari apa yang aku tulis kat sini. Kendian share kan dengan kengkawan. Supaya kita semua dapat kebaikan darinya. Yang tak baik tu korang jangan pula follow. Biarkan sahaja ia membatu diblog ni.


Equipment dah setup. Semua dah get ready. Cuma aku sahaja yang tak berapa nak ready2 lagi. Rasa sejuk panas...sejuk panas je satu badan. Sakit kepala dari semalam belum lagi hilang. Sakit tekak nak menelan pun dah slow2 datang. Cobaaaaaaaaaaaannn....

Aku nak rest dulu barang sekejap. Kasi longgar segala urat sarat yang ketat. Lepas tu baru pikir macam mana nak kayuh. Perasaan teruja meluap2 melebih rasa sakit yang kian melingkari diri. Apa pun, petang ni sunset wajib.

Poster by : Raja Kamal Raja Hussin

Korang yang minat dalam photography jika terserempak dengan poster seperti kat atas ni jangan segan silu, terus daftar lelaju. 

Ok la, aku stop dulu. Jadi, macam pesanan aku kat perenggan ke-enam tu. Harap korang tidak lupa dan alpa. Your are my friends!

Aku akan bersiaran macam biasa dekat pages rasmi Diari Seorang Lelaki. Stay tuned!

Jazakallah.



Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 11 February 2014

Berita baik untuk pengemar photography landscape




Berita baik untuk warga Kemaman Photography Club dan seluruh pengemar photography landscape. Satu event yang ohsem bakal diadakan dan dibawakan khas untuk anda semua.

Kemaman Photography Club akan mengadakan outing "KEMASIK MU TUNGGU AKU DATANG" & PHOTO CRITIC bersama Raja Kamal R. Hussin a.k.a Ngkuli.

Kepada sahabat2 yang dekat mahupun jauh, yang berminat dalam disiplin photography landscape sila jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama dengan antara landscaper tersohor tanah air.

Untuk maklumat lanjut, sahabat2...rakan taulan....si kacak dan si cantik semua boleh la rujuk poster di bawah ini.


Atau boleh terjah pages Kemaman Photography Club untuk sebarang maklum balas dan pertanyaan.  

Well, aku belanja korang semua antara photo2 yang pernah dirakam di Pantai Kemasik yang pernah di shoot oleh tukang gambar Digital Raudhah Photography.



Manakala yang kat bawah ni pula panorama sunset yang pernah sahabat aku Kiman Mohamad Shoot. Untuk melihat hasil karya photo beliau korang boleh terjah muka buku beliau dengan tekan klik pada nama beliau yang aku tepek tu.



Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom kita berukhuwah sambil menghayati keindahan milik Ilahi.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday, 27 January 2014

Hitech Filter, Adator Ring & Holder




Sekadar gambar hiasan
Kekadang....sesuatu yang kita sayang itu terpaksa juga kita lepaskan bila tiba masanya. Sayang macam mana sekalipun, jika dah bukan jodoh apa lagi nak disembangkan. Pasrah dan redha. Mungkin penganti yang baru nanti lebih baik dia beri. Siapa tahu bukan? Itu pun jika ada pengantinya. Andai tiada.....terima la seadanya takdir dari yang esa...

Tapi ternyata, jodoh tak lama......sampai masa perpisahan pasti jua datang tiba.....tak sanggup macam mana sekalipun, andai ia telah tertakdir......perlu aku berlapang dada. Sayang tetap ada...kenangan sememangnya diminda, tapi apa boleh buat....aku rasa, sudah sampai masanya aku lepaskan apa yang aku punya agar ia berbahagia dengan 'orang baru' yang lebih memerlukannya.

HaHaHa......mesti korang suspen kan baca mukadimah aku tu? ....KihKihKih....Aku sebenarnya jarang jual barang2 yang aku sayang. Kadang2 tu walaupun tak digunakan lagi aku still simpan.....sahaja untuk buat koleksi dan juga kenangan. Memang pesem aku lagu tu.

Tapi kali ni sedih la sikit. Sebabnya aku terpaksa juga let go barang yang aku sayang dan banyak berjasa kepada aku. Lagipun, bukan sikit duit nak dapat mende alah dalam gambar ni. Atas dasar minat dalam photography, terutamanya landscape, aku korek juga poket2 seluar aku sampai lunyai-rabak semata-mata agar mereka aku miliki.
Untuk landscaper tegar, mende alah dalam gambar kat atas ni memang sangat2 diperlukan bagi mendapatkan hasil yang terbaik (bukan aku kata tapi orang2 lama dalam photography yang kata).

Opppppssssssssss.....terpanjang pula aku bercerita yer. Niat asal buat entri ni coz nak kempen a.k.a iklan barang2 dalam gambar atas tu, tapi tetiba emosi plop....HaHaHa....Ok la, aku staright to the focus point.

WANT TO SELL
Filter GND & ND Hitech dan Hitech Holder+ Adapter Ring 77mm + Big Stopper Filter
Beli pada 3/13/2013

Filter Hitech (GND)
Pakej:
1- GND 0.3s
2- GND 0.6s
3- GND 0.9s
[Plastik dan kotak asal]

0.9s sahaja kerap guna.
0.6s guna 2-3kali je.
0.3s tak pernah guna, 

Filter Hitech (ND)
Pakej:
1- ND 0.3s
2- ND 0.6s
3- ND 0.9s
[Plastik dan kotak asal]

0.9s guna 4-5 kali je
0.6s tak pernah guna
0.3s tak pernah guna, 

Hitech Holder + Adapter Ring 77mm + Kotak asal.

Big stopper Filter
Baru guna 4-5 kali sahaja
[Plastik dan kotak asal]

Reason jual: Tak reti guna, retired dan mak marah main kumira

Berminat? 
Contact no di bawah untuk best price.
009-2038292 (Call, SMS, WhatsApp, atau pm di Diari Seorang Lelaki)

**COD diutamakan area Kemaman & Kota Bharu.
**Pos boleh diuruskan.

Aku harap ada la sudi menjadi tuan baru untuk mereka nanti. Dari aku tak guna ia dan disimpan begitu sahaja, ada baiknya aku jual...sekurang2 ia bakal bermanfaat kepada tuan barunya nanti. Insyallah

Sebenarnya sayang nak berpisah.....tapi apa kudrat aku nak menghalang takdir Tuhan.

Jazakallah.




Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday, 24 January 2014

Edit Photo Wedding



Mata dah layu....cuaca pula terasa dingin membeku. Sejuk yang amat sekarang ni. Memang terasa ketat mata dan tak sedap jiwa dibuatnya.

Tapi kerja masih menimbun lagi. Banyak yang perlu aku beresi dan santuni dengan cekal hati. Dah ini pilihan aku....jadi terima dan redha la seadanya. "Demi sesuap nasi", orang tua2 kata.

Masa ni masih dimeja kerja.....Masih lagi mengetuk papan kekunci......Masih lagi setia godek2 tetikus aku yang comei.....Masih lagi menyiapkan saki baki photo wedding yang perlu diediting. 


Macam aku bagitau dulu, nampak je jadi wedding photographer ni senang. Tapi hakikatnya susah lagi payah. Bukan sahaja tekan shutter. Balik rumah kena godek2 pula dekat adobe photoshop. Touch up mana yang perlu. Kasik edit cantik2...biar berbaloi client bayar dengan wang ringgit dia yang cantik2.

Ni pun take five kejap. Mata seakan2 dah berpinar. Dah tak boleh beza kaler2 yang ada. Jadi, sebelum aku merapu meraban edit ntahapa2 ada eloknya aku tak a break. Betul kan urat badan dan segala otot2 yang kejang.

Aku kalau bab mengatuk ni satu je ubat dia, Nescafe. Dia akan teman aku sentiasa bila aku sedang bekerja. Baik waktu siang mahupun tika malam merembang. tanpa dia tak mungkin aku mampu bertahan. Lembik mata beb!


Kena kerja kuat. Sesungguhnya, hanya orang yang kerja kuat akan berjaya. Ok la, aku nak sambung edit sikit lagi. Lepas tu nak sweet sleep. Nanti seawal jam lima dah nak keluar. Niat nak shoot sunrise dengan sahabat2 di unknow location. Akan diupdate next entri. Harap2 cuaca pagi esok ohsem. Insyallah.

To be continue....

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-


Thursday, 16 January 2014

Wedding Photographer

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Rasa sangat tidak larat, tapi aku gagahi jua body menatap gambar2 yang berlonggok dalam hdd aku. Banyak betul gambar wedding yang aku shoot tak beredit lagi. Sangat2 ketat sebenarnya bila sampai time mengedit.

Ada yang bertanya aku, pakai kumira jenis apa? Macam mana boleh buat gambar macam tu? Adoiiiiiiii...susah sebetulnya aku nak jawab. Sebab aku pun nubis lagi dalam bidang photog ni. Bak kata orang lama2, "baru setahun jagung". Tapi kalau nak tahu sangat, kena la bertanya pada yang pakar. Nak tau siapa pakar sila pm aku kat sini. Sebetulnya, aku banyak guna dan lebih suka guna mode M (manual) untuk shoot berbanding mode auto (A).

Untuk editing pula, aku edit guna software yang bersepah duk ada. Antara software yang aku biasa guna, lightroom dan juga adobe photoshop. Macam2 benda boleh korang buat dengan software tersebut.

Malam ni, dengan keterbatasan kesihatan sempat la edit  2 3 gambar nikah cousin aku (aku tak shoot pun wedding orang kebanyakkan.....biasa sepupu sepapat sepipit serta rakan taulan je aku shoot untuk wedding) untuk aku menjahanamkan moment hari terindah milik dia.....HaHaHa....Padan muka dia....Percaya kat aku siapa suruh....(^___^)



Sebetulnya kan, nak jadi OP (official photographer) wedding ni bukan satu kerja yang enteng. Bukan sesenang makan kaca kuda sambil tengok maharaja lawak mega atau sesenang layan lagu incik mimpi 'rindukanlah'. Jadi OP ni susah lagi payah bagi aku. Bukan sahaja kerja semasa event berlangsung. Shoot sana shoot sini....siap. Tapi selepas event tu yang parah sikit. banyak kerja2 editing yang nak kena santuni. 

Nak ngedit kena tengok cuaca (mood) yang ada pada diri gak. Kalau cuaca comei, udara persekitaran ohsem....memang sedap la ngedit. Jika sebaliknya......memang ke laut la nak menjamah walaupun selai gambar. Tang ngedit ni la yang lelah sikit. Kot mana-mana pun kena buat yang terbaik. Orang dah bayar......so, hasil biar la berbaloi dengan bayaran. 

Patut la bayaran untuk OP mahai gila babas. Walaupun kerja yang depa buat tu senang dimata kita tapi tidak bagi mereka. Bagi aku, hasil seni bukan sesuatu yang mudah dan murah.....bukan semurah kangkung2 disekitar lorong Chow Kit. Jika jadi OP senang, maka ramai la OP yang muncul hanya berbekalkan hp kumira semata. Tak gitu???



Ni aku edit suka suki hati aku je.....Kalau legem2 dan masta2 wedding or potret tengok gambar  aku shoot ni mesti depa bantai gelak unta ni......HiHiHi....Lepas aku edit ni aku saved dalam bentuk photoshop psd ppd. Nanti senang nak re-touching balik. 

Kalau korang nak tengok hasil berphoto aku yang ke laut boleh terjah SINI...SINI....SINI dan SINI (banyakkan aku punya sini tu?? HaHaHa...). Dah terjah tu nanti jangan lupa tinggalkan buah fikir korang untuk penambahbaikan aku dimasa hadapan.

Ok la, aku stop dulu. Aku nak bikin rancangan pengajaran tahunan Bahasa Malaysia pula. Ramai dah yang bertanya. Slow betul aku tahun 2014 ni......lambat panaz ke apa ntah. Macam siput sedut je gamaknya.

Terima kasih la kat korang sudi terjah datang sini yer. Singgah la datang lagi lain kali. Lain kali datang singgah tu jangan lupa bawa sama ayam kentaki....HiHiHi...

Jazakallah.

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.