Semalam aku ada janji dengan korang semua nak updates entri berkenaan hasil sunrise dan sunset masa hadiri kelas Amazing CLICK! Workshop Photograpy kan.....Well, untuk tidak menghampakan korang semua, aku tepek beberapa keping gambar menarik karya peserta2 merangkap sahabat2 sehobi aku semua.
Aku up kat sini, bukan apa...untuk kita sesama menghayati keindahan alam milik Tuhan. Agar kita mampu belajar erti kehidupan waima dari sekeping gambar. Alam ini Dia bagi percuma kepada kita, tak perlu bayar sikit pun hatta dengan harga RM1 (sila jangan politikan ayat ini). Apa yang perlu kita buat adalah kita just follow apa yang Dia suruh dan larang sahaja.
Well.....terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.
Sunrise at Pantai Penunjuk (Sleeping Giant), Kemaman, Terengganu.
Sunset at Pantai Marina Beach (Telaga Simpul), Kemaman, Terengganu.
Photo by: Mafiaburger burger |
Photo by: JW Hisham Marmin |
Sunset at Pantai Marina Beach (Telaga Simpul), Kemaman, Terengganu.
Photo by: Saikhul Awang |
Photo by: Digital Raudhah Photography |
Photo by: Raja Bulyamin Raja Abdullah |
Photo by: Pok Jek |
Tak ramai yang up karya memasing. Maybe masing2 masih dalam mood ketaklaratan. Nanti aku share lagi dengan korang gambar2 best dan menarik. Insyallah. Gambar dari Digital Raudhah Photography tu sedikit terganggu coz masa aku tengah sedap mengeshoot tetiba tripod tak balance....gegar....tapi aku up juga sesaje mengisi ruang yang ada....HeHeHe...
Sesungguhnya alam ini telalu indah untuk kita musnahkan. Dan sesungguhnya Dia maha berkuasa, dan kita tak sepatutnya bersikap sombong sesama manusia apatah lagi dengan Dia..
Jazakallah.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.