Alhamdulillah....akhirnya dapat kembali akses semula ke blog aku yang ohsem ini (ayat mempoyokan diri)....hampir dua minggu juga tersadai tanpa entri serta catatan terkini. Semua gara2 perkhidmatan streamyx Telekom Malaysia (TM) yang 'sumbat' dan jeng kreng.
Aku pun tak tahu apa masalah depa. Apa yang aku tahu, jika lambat bayar bil jer diorang akan kol. Kalau tak kol pun terus perkhidmatan dipotong. Itu sahaja yang aku tahu perihal kecekapan TM. Berdasarkan pengalaman sendiri. Tapi mesti korang kata, "Pasai pa nak guna TM lagi jika dah tau depa teruk? Tukar saja pada yang lain."....HaHaHa....Aku hanya mampu gelak bila dengar ayat tanya kekangkungan sebegitu....Well, Kalau ada pilihan, dah lama aku curang. Nasib la duduk kat ceruk sebuah ladang.....kalau kat luar sana, dah tentu berlambak2 aku punya pilihan....sekarang ni, apa pun tak boleh!
Apa yang buat aku rasa tak best bukan kerana hampir dua minggu terganggunya perkhidmatan internet yang dibekalkan oleh TM. Aku bengkak hati bila janji depa mungkiri. TM janji nak call aku balik dalam tempoh 24jam selepas aduan dibuat. Sampai saat entri ni aku taip dan internet dah kembali berfungsi dua ari lepas, janji tetap tinggal janji. Yang paling best, bila aku call depa bagi alasan lain....bila jiran2 aku call buat aduan dab bertanya, jawapan versi lain pula. Berapa banyak versi jawapan TM create? Korang nampak tak kecelaruan TM dalam menangani permasalahan dan duan pelanggan?
Disebabkan internet terganggu hampir dua minggu banyak urusan kerja dan urusan hidup aku tergendala. Tak pasal2 reputasi aku dipertikaikan....Agak2 nya, yang ni TM nak bertanggungjawab juga tak?? Berlonggok2 kerja tak terusik. Kementerian Pendidikan Malaysia pun satu hal, dah tahu seluruh Malaysia belum bersedia nak guna sistem online tetap juga nak teruskan. Semuanya kerana perniagaan. Hampeh!
Atleast, TM bagitahu la aku apa masalah yang depa hadapi. Ini tidak, suka buat pelanggan macam aku ni tertunggu2 dan tertanya2....Bukan sekali, tapi dah banyak kali berlaku. Sebelum ni pun aku dah buat entri tentang perkhidmatan streamyx TM yang bermasalah ni. Last2 terjadi lagi....jeng krengggg!
Perkhidmatan terganggu nak masuk dua minggu baru settle, sedangkan bil tetap bayar untuk tempoh sebulan. Memang untung la berniaga cara TM cenggini.....Hmmmmm.....Tapi kan, ada kawan aku bagitahu, aku kena isi form kat pejabat TM untuk deduct bayaran yang tak sepatutnya aku bayar akibat permasalahan dari TM sendiri. Ntah la, aku ingat nanti datang bil baru nak pi tanya TM tentang kesahihan cerita kawan aku ni. Kalau korang tahu, maybe boleh share dengan aku apa yang patut...
Let's click la sangat.....apa pun tak boleh.....manopoli perniagaan sememangnya tak pernah menguntungkan pelanggan. Dasar kapitalis....hanya menguntungkan pihak tokey2 dan para 'politikus yang berwajah-wajah'.
Kata biar terasa!
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.