Amazing Clik! Photography Workshop kini kembali lagi. Kali ni diadakan di Kemaman. Aku bab2 ni memang gagal untuk meloloskan diri dari tidak join....HeHeHe....Jadi, aku antara salah seorang peserta dia.
Macam aku selalu bagitau la, kita kalau nak ilmu kena pergi cari ilmu.....bukan tunggu ilmu tu datang singgah lepak bawah dagu. Prinsip ilmu itu sendiri suh kita cari tok guru, bukan sebaliknya.
Kursus ni dua hari je, hari ni dengan esok.....nampaknya tak berupdates pula la kot blog ni seminggu lagi. Ye la kan, balik kursus dah tentu penat......banyak lagi kerja buat yang perlu aku hadap.....Padahal banyak menda yang aku nak kongsi dengan korang.
Tapi aku harap korang boleh sabar la yer. Belum ada lagi kes pasal tak baca entri baru kat blog aku ni maka mengidap penyakit diabetis atau kencing tak lawas.....Nanti dah ada yang sedemikian baru aku updates blog laju2 360km/j everyday eveready....ahaks3.....tapi aku harap dan doakan korang yang singgah baca blog aku ni sihat2 belaka.
Insyallah.....nanti aku story pasal kurus kursus photography workshop yang aku join ni untuk membakar semangat korang dalam aktiviti mencari ilmu. Insyallah juga, nanti aku tepek gambar2 yang comei dan sweet untuk tatapan kornea korang semua.
Jadi, sementara aku pergi kursus photography workshop ni. Korang lepak2 la kat blog aku ni, jamah baca la mana yang korang rasa suai. Ingat! ambik yang baik2 jer dari apa yang aku tulis kat sini. Kendian share kan dengan kengkawan. Supaya kita semua dapat kebaikan darinya. Yang tak baik tu korang jangan pula follow. Biarkan sahaja ia membatu diblog ni.
Equipment dah setup. Semua dah get ready. Cuma aku sahaja yang tak berapa nak ready2 lagi. Rasa sejuk panas...sejuk panas je satu badan. Sakit kepala dari semalam belum lagi hilang. Sakit tekak nak menelan pun dah slow2 datang. Cobaaaaaaaaaaaannn....
Aku nak rest dulu barang sekejap. Kasi longgar segala urat sarat yang ketat. Lepas tu baru pikir macam mana nak kayuh. Perasaan teruja meluap2 melebih rasa sakit yang kian melingkari diri. Apa pun, petang ni sunset wajib.
Poster by : Raja Kamal Raja Hussin |
Ok la, aku stop dulu. Jadi, macam pesanan aku kat perenggan ke-enam tu. Harap korang tidak lupa dan alpa. Your are my friends!
Aku akan bersiaran macam biasa dekat pages rasmi Diari Seorang Lelaki. Stay tuned!
Jazakallah.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.