AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 19 November 2013

Kehilangan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Masih dalam mood tak menentu......mungkin cuaca yang sering hujan kebelakangan ni menyebabkan serebrum menjadi sedikit tepu. Terlalu payah untuk menggunakan otak kiri....Jeng kreng!!

Terasa sedikit kehilangan pada jiwa yang longgar......keketatan perasaan masih mencuri peluang, memenuhi rongga2 ruang....ketaklaratan hati masih lagi menjadi 'duri'.....mengundang lelah diri....

Sudah agak lama juga tidak menyantuni gambar2 yang aku shoot tika beroutim bersama kenalan photog......terasa semakin kehilangan skill untuk pp (picture processing).....betul la apa yang mantan guru aku pernah berpesan, "Ilmu....jika tak diaplikasi serta diamalkan dalam kehidupan lama kelamaan akan hilang dan luput dari ingatan. Gunakanlah ilmu untuk mendapatkan keredhaan Tuhan....agar hidup kamu bahagia di dunia dan juga 'di sana'."

Ya, ilmu untuk diamalkan.....untuk mendapat redhanya Tuhan......'berilmu' bukanlah tiket untuk menabik dada......sesungguhnya ilmu Allah itu luas maha benar.....apa yang ada pada diri kita hanya setitis dari selautan yang ada.

Itu baru ilmu pp gambar, bagaimana dengan ilmu agama?? Jika ilmu agama pun aku endah tak endah, tak mustahil ia akan luput juga dari kotak fikir aku disuatu waktu. Nauzubillah......

Ok la, sebab korang dah terjah masuk sini....aku belanja korang dengan karya tak seberapa yang aku olah hasil ingat-ingat lupa aku atas ilmu pp yang kadang2 datang...kadang2 langsung tak datang2 kat serembrum kiri aku ni....HeHeHe...

Terimalah................Tapi sebelum tu korang on dulu bidio kat bawah ni untuk amik mood....pasang volume kuat2....(~___^).




Well, terima la karya yang tak seberapa dari aku untuk santapan kornea korang semua. Hanya ini sahaja yang termampu aku persembahkan akibat 'kehilangan' sebuah rasa.



Kehilangan tiada siapa mendambakan
Kehilangan bukan sesuatu yang dicita-citakan
Kehilangan tragedi yang menyakitkan

Adakalanya kau dan aku perlu kehilangan,
Untuk kita temui sesuatu yang abadi di penghujung pencarian....
Adakalanya kehilangan itu amat melelaskan hati...
Tapi harus yakini,
DIA akan memberi yang lebih baik lagi

Hosnuzon pada setiap perancangan Ilahi
InshaAllah....damai kan menghuni relung nurani
Allahu
Allahu
Allahu

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.