Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 8 November 2014

Tutorial pengunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk guru [Vol.3]




Sesi persekolahan tahun ini dah pun nak sampai ke garisan penamat. 

Setiap kali usai peperiksaan dijalankan, rakan pendidik akan sibuk sampai tak cukup oksigen. Setelah menyemak kertas jawapan pelajar, rakan² pendidik perlu mengisi markah pelajar ke dalam perisian Sistem Analisis Penilaian Sekolah (SAPS) yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi mengurangkan keketatan perasaan serta jiwa raga para rakan pendidik, aku sediakan Tutorial penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah [Vol.3] untuk rujukan dan panduan. 

Klik link di bawah untuk rakan² pendidik yang masih baru menggunakan aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).


Tutorial Panduan Mengisi Markah Peperiksaan ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

  • Langkah 1  Login masuk ke sistem SAPS
        Masukkan id pengguna ----> Masuk password ----> Login

[*sekirannya lupa id pengguna dan password boleh dapatkan dengan setiausaha SAPS sekolah masing².]

  • Langkah 2 | Markah peperiksaan.
Klik Menu Guru MP ----> klik markah peperiksaan ----> Ruangan masuk markah anda klik pada link mata pelajaran 


  • Langkah 3 | Key in markah peperiksaan (store presedure)
        - Isi markah pelajar dalam ruangan yang disediakan.
        - Tanda TH (TIDAK HADIR) bagi pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan.
        - Tekan SIMPAN REKOD setelah siap.


Setelah rekod di simpan. Anda akan kembali semula ke layer seperti langkah 1. Anda boleh teruskan mengisi markah untuk matapelajaran yang lain atau boleh logout sementara.

Untuk makluman rakan² pendidik, guru kelas boleh menyemak senarai mata pelajaran yang telah disi markah atau belum. 
  • Langkah 4 | Semak key in markah kelas
Klik Menu Guru Kelas ----> Klik Semak key in markah ----> lihat status markah. Jika button warna HIJAU itu menandakan pengisian markah telah sukses.



  • Langkah 5 | Semak Slip Peperiksaan - Catat kedatangan - Tulis ulasan
        Klik Menu Guru Kelas ----> Peperiksaan ----> Slip peperiksaan  ----> Ulasan



  •   Langkah 6 | Isi kedatangan - buat ulasan
          - Catat kedatangan. Anggarkan kedatangan murid 
          - Buat ulasan guru.
          - Klik pada butang HANTAR


  • Langkah 7 | Cetak Slip Peperiksaan
        Klik Menu Guru Kelas ----> Peperiksaan ----> Slip peperiksaan  ----> Cetak semua


Sila klik pada gambar untuk tumbesarannya. Sila jangan seksa kornea anda.....HeHeHe...Well, siap sudah ketiga² Tutorial penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang aku kayuh secara marothonHope ianya berguna kepada rakan pendidik semua. 

Jika ada kemusykilan atau penambahbaikan di masa² akan datang, sila komen diruangan komen yang disediakan.  Sesungguhnya komen, kritik dan saranan dari anda semua adalah makan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sharing is caring.

Jazakallah. 

Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.