Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 12 November 2012

Giler Kentang!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Angpa suka makan kentang goreng dak? Tentu la angpa suka kan. Asal masuk kfc dan mcD ja dah terhidang depan mata set menu yang ada kentang goreng. Betui dak? 

Tapi angpa tau dak yang kentang goreng yang enak dan best kita kita duk makan tu adalah agen silent killer? 

Kentang goreng yang kita duk selalu makan dengan sos ni rupanya mengandungi akrilamida, iaitu sejenis bahan kimia yang dikaitkan dengan risiko kanser kerana proses mengorengnya dilakukan di dalam minyak yang telah digunakan berkali-kali. 

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Reading Universiti, United Kingdom mendapati  akrilamida ini ditemui dalam kentang yang biasanya telah dikeringkan kemudian dibekukan sebagai langkah proses pengawetan dan kemudiannya digoreng sebelum boleh dimakan.

Akrilamida merupakan karsinogen yang biasanya terdapat di dalam pelbagai makanan yang telah dipanggang atau digoreng pada suhu lebih dari 12 darjah celsius. 

Kadar  Akrilamida dapat dikawal jika kentang yang dimasak dengan warna keemasan yang ringan dan tidak keterlaluan. Oleh sebab itu la kita perlu mengikut arahan memasak setiap produk makanan terutamanya makanan segera. Ini tidak, aci lapaq ja kita masak sesuka suki hati dan makan sesuka suki perut sendiri. Bila dah dapat penyakit baru nak menyesal.

Jangan biarkan diri angpa menjadi mangsa serangan kanser payudara, kanser endomentrium dan kanser rahim (bukan Rahim bin Maroof taw)Jadi, kurangkanlah pengambilan makanan segera seperti kentang goreng ini jika angpa sayangkan nyawa. 

Kat Malaysia ni berlambak makanan yang berkhasiat untuk dimakan. Mengapa perlu makan makanan yang berisiko kan? Mulai hari ni abg long akan cuba untuk menghindarkan diri dari digoda oleh makanan seperti ini. Rasa-rasa boleh ke? HuHuHu......

Nasib baik abg long suka makan ulam-ulaman dan sayuran menghijau gak. Boleh cover kot? HaHaHa....Ada hati lagi tu nak belasah kentang goreng. Memang giler kentang!


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.