AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Dan Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 12 November 2012

8 makanan kesihatan baik untuk Si Kacak


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kaum lelaki ni kalau dengan makanan memang tak boleh dipisahkan. Bak kata bidalan orang melayu lama, "tolak batu dengan kayu, yang lain semua depa mentekedarah." Sebab tu la kot kita akan tengok banyak kaum lelaki kat bumi Malaysia ni sihat walafiat dengan perutnya maju ke hadapan.....HaHaHa....Melantak punya la banyak tapi kalau bab bersenam bukan main malas. memang tak boleh blah!

Sebetuinya banyak makanan kesihatan untuk kaum lelaki ni. Cuma terpulang pada kita sama ada nak ambil ia sebagai diet dan amalkannya atau tidak. 

Berikut merupakan antara makanan kegemaran Rasululah SAW. Sesuai untuk dijadikan panduan dan pedoman kepada semua Si Kacak dalam membuat pilihan makanan. 

1. Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup (penyejuk badan). Abg long kalau pi kedai suka juga order barli panas. Memang best. Tapi kalau nak lagi best, boleh cuba try test barli limau panas. Bagi yang suka minuman sejk boleh je order ais. Tapi perlu ingat, ais tak elok untuk kesihatan. Kalau nak hitung khasiat barli ni memang banyak. 

2. Buah delima
Baik untuk kecergasan otak dan mengukuhkan daya ingatan. Juga merupakan makanan kegemaran Rasululllah SAW. 


Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
3. Buah Tin
Manfaat buah tin ini sangat banyak untuk kesihatan kerana di dalamnya terkandung berbagai nutrisi dan gizi yang baik untuk kesihatan.


Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah.


“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“
Hadis riwayat Ahmad

Anggur atau nama saintifiknya Citrus Paradisi ini kaya dengan vitamin C, vitamin A, B1, B2, dan mempunyai kalori yang rendah. Anggur yang mengandungi 80 peratus air adalah sumber yang bagus bagi kalium, dan mempunyai phytonutrient iaitu bahan aktif yang melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

6. Madu
Dikatakan makanan segala makanan. Minuman segala minuman. Ubat segala ubat.


Rasulullaah SAW bersabda, “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
7. Susu
Baik untuk membuang panas badan. Ianya juga dapat menguatkan bahagian belakang badan serta memperbaiki otak dan pandangan mata.

8. Air
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.


Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan meneguk, meneguk boleh menyebabkan kesakitan pada paru-paru".
well...welll...well.....kesemua senarai makanan ni bukan sahaja untuk diamalkan oleh Si Kacak semata tetapi ia juga boleh diamalkan pengambilannya oleh Si Cantik.

Kita tahu apa yang Rasulullah SAW suka itulah yang terbaik. Tapi kita ja buat-buat tak tahu dan tak mahu ambil peduli.



Wallahualam

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.