AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 16 November 2013

Keputusan kelayakan Piala Asia | Malaysia vs Bahrain (15 Nov 2013)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Masih adakah lagi mimpi indah buat Harimau Malay untuk langkahan seterusnya selepas perlawanan tadi?? Atau mimpi pun tak sudi nak mendatangi apatah lagi nak kan ia menjadi realiti.

Nampaknya, eksperimen coach King untuk perlawanan malam ni masih lagi belum menjadi. Dan, aku sudah lelah nak bernostalgia lagi. Macam Memang comel sangat.....macam memang cantik sangat......jika coach King blah dari skuad 'kadang' rimau. Supaya aku mampu berhenti dari mengkritik eksperimen dia yang banyak tak menjadi dari menjadi. 

Bukan aku ni pandai, tapi aku rasa coach King elok bagi je jawatan dia tu kepada yang lebih berkelayakan untuk membuat pembaharuan. Berlambak lagi coach2 yang terbaik duk bersepah kat bumi Malaysia ni.

Jika dengan kepemergian coach King dari barisan dapat mengurangkan penyakit darah tinggi dikalangan rakyat Malaysia, bagi aku itu satu pengorbanan yang sangat ohsem. 

Pengulas kat Astro Arena tadi pun macam gud gud je......Seorang kata salah coach 100 percent, seorang lagi kata bukan salah coach tetapi salah pemain, terutamanya kesilapan Aidil yang gopoh sehingga memberikan ruang kepada pasukan Bahrain menghadiahkan kekalahan buat Harimau Malaya.

Walaupun Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Bahrain malam ini. Kalah tetap kalah. Dan, hanya keajaiban sahaja mampu membenarkan cita2 utras malaya dan rakyat Malaysia pada perlawanan yang seterusnya.....mampukah???

Well, ada yang suruh tukar pemain.....tukar coach (termasuk aku la)......pengurusan FAM tak payah la tukar erk?

Bagi aku, Harimau Malaya kena dimasukan ke dalam wad icu dah. Kena bedah buang semua penyakit yang ada. Jangan hanya tengok penyakit yang luaran semata.....sedangkan penyakit tu membarah dari dalam......takde guna duk berubat jika penyakit yang sebenar kita sayang nak rawat.

Tunggu je la apa komen coach King nanti. Orang2 dikerusi empuk FAM pun tentu tengah duk karang ayat paling best sekarang ni. Tunggu je la untuk baca kenyataan diorang kat paper esok hari. 

Harimau Malaya bukan kalah, cuma tak menang sahaja. Gitu????

Jazakallah.


kredit photo: lebai google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.