AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 21 November 2013

Beratus pengguna bersesak atas jalan raya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Korang pernah terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas tak??? Semalam balik dari Kuantan menjemput my baby hampir tiga jam aku terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas dijalan yang sememangnya lenggang sebelum ni.......sentap jiwa rasa.....jarak tempat kejadian dengan rumah tak jauh mana pun, tak sampai 10 minit tekan pedal minyak dah boleh sampai.....tapi, atas sebab2 ketidakprihatinan sesetengah manusia yang fikir diri sendiri je maka terjadi la apa yang sepatutnya tak terjadi....

Kesesakkan kedua belah hala lalu lintas mencecah berkilo2 kilometriko meter......Yang tak sabar terpaksa berpatah balik dan lalu jalan alternatif yang kemungkinan lebih jauh berbanding jalan yang telah mereka lalu......bagi mereka2 yang sabar, tunggu la dalam kenderaan memasing......yang dah bosan sangat menunggu, turun isap rokok dan berborak sesama sendiri dengan rasa binggung......jalan jem tak bergerak......tapi tak tahu puncanya.....kegilaan apakah????

Hampir empat kilometer aku dengan sahabat menampak......nak tengok apa kejadian sebenarnya yang berlaku......sampaikan jalan jem dan kenderaan langsung tak bergerak walaupun seinci.....Setelah berpeluh dalam renyai hujan kami sampai ke pangkal punca segala kesesakkan......cissssssssss........rupa2nya mende alah dalam gambar kat bawah ni yang menjadi penyebabnya.....hampagas betul! Ingat kan apa bende la sampai tak bergerak langsung kenderaan atas jalan.


Terpaksa menggunakan iso yang tinggi untuk menampak subjek kerana keadaan yang sangat gelap dan pencahayaan hanya dari lampu2 kenderaan yang lalu lalang. Kalau ada sedikit noise tu sila abaikan (^_^)

Maklumat yang aku dapat, kren ni ditengah2 jalan sebab nak angkat sebuah lori yang telah mengalami kemalangan dan jatuh ke dalam gaung disebelah kiri. Lori tersebut dah berhari2 kat dalam gaung tu.....yang tak bestnya kenapa hari dan waktu sedemikian baru nak buat kerja?? Kenapa tak buat waktu siang??? Sedangkan laluan haiway Jerangau-Jabor tu terlalu sesak bila waktu malam kerana ia menjadi laluan lori2 yang besar gedabak......Kalau proses menaikkan lori yang jatuh ke dalam gaung tu dilakukan diwaktu siang tentu kesesakkan teruk tak berlaku sepertimana yang terjadi. Sebab jalan ni waktu siang memang lenggang yang amat....melainkan pada hari khamis dan sabtu......

Sahabat aku ada call pegawai polis di pondok polis yang berdekatan yang kami kenali untuk memaklumkan masalah ni.....dari apa yang pegawai tersebut maklumkan, memang dia dah bagitahu supaya proses menaikkan dilakukan pada waktu siang.....tapi ntah macam mana tuan punya kren tu tetap nak buat waktu malam.....tak pasal2 menyusahkan beratus2 pengguna jalan raya yang lain semata2 nak bereskan dia punya kerja.

Bersusun kenderaan atas jalan dengan ketatnya perasaan.
Hampir tiga jam menunggu akhirnya badan lori yang dah terjunam dalam gaung berhari2 tu dapat dinaikkan walaupun kepala lori masih tersembam dalam selut dibawah gaung. Satu lorong telah dibuka untuk melancarkan lalu lintas.....

Hanya satu lorong dibuka untuk lalu lintas sebelum proses menaikkan kepala lori diteruskan
Terima kasih kepada incik polis yang terpaksa membasahkan diri dalam renyai hujan semata2 untuk melicinkan perjalanan pengguna jalan raya yang ketat perasaannya. Kerana sikap orang yang tak mahu mendengar pendapat orang lain dan menganggap diri sahaja yang betul maka ramai yang menjadi mangsa keadaan termasuk la incik polis ini.




Masa aku dengan rakan aku bergerak menuju ke kenderaan kami yang berada lebih kurang dalam 4km tetiba sampai sebuah kereta bomba berserta krewnya dan sebuah ambulans. Maybe ada antara pengguna yang terperangkap dalam kesesakkan tersebut telah menghubungi bomba dan pihak hospital mengatakan ada kemalangan dasat telah berlaku pada waktu itu......Sedangkan maklumat yang sebenar, lori tersebut telah beberapa hari terjunam ke dalaum gaung. 

Lawak betul.......ini la bahananya bila maklumat yang sampai itu tidak tepat dan kita terus membuat keputusan tanpa pikir panjang. Tak pasal2 incik2 bomba dan incik2 ambulans datang makan angin semata2....HiHiHi...



Dalam kereta....kami hanya mampu gelak dan mengeleng-gelengkan kepala dengan kejadian yang baru kami tempuhi. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut sekurang2nya memberi kami peluang untuk menguji tahap kemampuan gear sensor penuh yang baru kami miliki.

Ternyata....banyak lagi yang kami perlu pelajari dengan gear sensor penuh tersebut walaupun 'kejadian' ini sedikit sebanyak memberi ilmu buat kami.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.