Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 18 June 2013

Harga tiket bas naik vs Harga kereta proton turun

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dulu zaman bergelar mahasiswa (Universiti Sains Malaysia) sebelum ada motor kapcai public transports seperti bas la menjadi pujaan hati untuk berulang alik balik kampung jenguk orang tua dan adik beradik. Lepaih dah ada motor kapcai dah jarang naik bas ekspress coz konvoi reramai dengan kawan2 balik kampung naik motor.

Last naik bas masa sambung study dekat Sikamat, Negeri Sembilan. Berulang dari sana balik ke Kuala Selangor. Itu enam tahun yang lepaih. Paling terdekat naik bas ekspress minggu pertama cuti sekolah pertengahan penggal yang lepaih, kayuhan fasa II | Kembara Si Pemburu ke Putrajaya. Masa tu tiket bas murah lagi walaupun kenaikan dia dah banyak kali.

Tapi kenaikan kali ni memang tak masuk dek akai. 30 percent kenaikan betul2 cekik darah. Bagi yang jarang atau tak menggunakan perkhidmatan bas ekspress kurang terasa beban kenaikan tersebut. bagi yang selalu berulang dengan bas jejauh batu nautika memang akan terasa bahang kesulitan yang menanti. Niat nak berjimat naik pengangkutan awam seperti bas ekspress menjadi sebaliknya. 

Peningkatan kenaikan yang maha terlampau ini akan dirasai oleh mereka yang bergelar student dan juga suami-isteri yang berjauhan dan menggunakan perkhidmatan ini untuk merapatkan hubungan. Lepaih ni, jika sebelum ini mereka pulang menjenguk seminggu sekali maka jadi la sebulan sekali. Elok2 dah makin rapat dan mesra terpaksa menjarak pula. Apa boleh buat kan.....Nasib la, dah itu pilihan orang kita dan hanya itu pilihan yang ada. Cakap banyak nanti kata tak bersyukur pula.....



Tak kira la naik semasa perayaan atau sebaliknya. Namun kenaikan tersebut tetap akan membebankan. Yang naik bas ni bukan golongan VIP atau VVIP. Kebanyakkan yang naik bas ni golongan student dan juga rakyat marhean yang berpendapatan rendah. Bermakna..... golongan seperti inilah yang selalu kena bersyukur yer? Apa boleh buat.....redha...


Kenaikan harga tiket bas ekspress yang terakhir adalah pada tahun 2008 iaitu sebanyak 30%. Alasan paling popular pada ketika itu sebab harga minyak petrol dan diesel yang dinaikkan kepada RM 2.70 & RM 2.58 seliter....Fine (tercakap orang putih pula)...Memang ada keperluan untuk menaikkan harga tiket bas disebabkan kenaikan harga minyak melampau.

Tapi, dengan harga minyak yang turun bertahun menjadi RM 1.90 untuk RON 95 dan RM 1.80 untuk Diesel, tak pula harga tiket bas diturunkan selari dengan penurunan harga minyak. Minyak naik harga tiket wajib naik. Harga minyak turun, harga tiket maintain tak pula reti nak diturunkan. Kos minyak pada 2013 adalah lebih murah berbanding pada tahun 2008, so what??.

Sebab gaji minimum pula nak dijadikan alasan?? c'mon bebeh, harga minyak dah turun tapi harga tiket tak turun2 ape cer?? Ada eloknya harga tiket yang tak turun selari dengan penurunan harga minyak itu menampung pemberian gaji minimum yang diumumkan kerajaan. Sepatutnya pengusaha dan pengendali syarikat bas ekspress ni tidak tamak haloba mengaut keuntungan. Jangan bebankan pengguna semata nak cepat kaya. Ada cita2 nak jadi kaya tak salah, tapi jangan la dengan cara yang salah.

SPAD kata kenaikan ini cuma andaian, mereka sedang mengadakan rundingan dengan PMBOA tentang kenaikan ini. Tapi bunga2 tentang kenaikan sudah pun kelihatan. Kita tengok sahaja la kewibawaan SPAD dalam mempertahankan survival rakyat berbanding survival golongan borjuis dan sekular. We will see.....Teringat pesan orang lama2, "Masakan tak ada angin jika pokok bergoyang". Angpa boleh baca kat SINI kenyataan SPAD.

Harga kereta Proton dah turun dan murah?? Kalau ya pun harga tiket bas naik dan harga harga kereta Proton dah turun dan murah adakah golongan student dan berpendapatan rendah yang terpaksa mengubah gaya hidup ini mampu untuk memiliki kereta Proton SV yang diwar-warkan murah tuh?? Korang boleh baca dan buat kira-kira tentang Proton SV turun harga kat SINI. Model kereta baru tapi sembang harga turun atau lebih mesra halwa telinga 'kereta mampu milik'. Sedapkan bunyinya tuh

Angpa dak rasa pelik?, angpa perasan dak....asai nak raya ja harga tiket bas naik. Kenapa?

Kita selalu dengar benda asyik naik. Jarang kita dengar benda turun. Kat Malaysia yang selalu turun adalah hujan. Agak2 apa lagi yang naik selepas ini??, yang golongan VIP dan VVIP tak akan pernah rasai sepertimana warga marhean merasai.

Oh Malaysiaku....aman, makmur dan sejahtera.



Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.