Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 23 June 2013

Baju sendat | Shila Hamzah buka mulut

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah menganggap tindakannya memuat naik gambar pakaian senaman yang dilihat agak sendat di laman sosial Instagram hanya untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya.

Shila, 23, berkata dia tidak menyangka perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat yang menganggap gambar tersebut sebagai tidak sopan.

“Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.

“Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif,” jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Shila yang kini bermastautin di Shanghai, China mengakui aktif berkomunikasi dengan peminat-peminatnya melalui laman sosial Instagram dan berkongsi aktivitinya setiap hari.

“Saya tinggal di sana sendirian jadi saya banyak habiskan masa dengan peminat jika ada masa terluang.

“Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain,” jelasnya.

Klik untuk tumbesaran
Gambar baju senaman yang menimbulkan kontroversi awal minggu lalu. Bagaimanapun, kata Shila dia mengambil positif kejadian tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berkongsi kegiatan hariannya.


Sementara itu, diminta mengulas berkaitan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad yang dikatakan rapat dengan seorang pelakon baru berasal daripada Singapura, Elfaiza Ul Huq, Shila menganggap ia adalah perkara peribadi aktor tersebut.

“Hubungan kami sudah berakhir dan itu adalah hak dia untuk berkawan dengan siapa sahaja.

“Bagus untuk dia dan saya harap yang terbaik sahaja,” katanya.

Jelas Shila, dia tidak mengikuti perkembangan aktor tersebut berikutan banyak laman web dan laman sosial yang tidak dibenarkan oleh negara tersebut.

“Banyak laman web yang diharamkan di China, jadi saya kurang ambil tahu. Kadang-kadang berita industri hiburan Malaysia pun saya tertinggal,” katanya.

Namun, Shila berkata jiwanya kini lebih tenteram dan bahagia dalam menjalani kehidupan dan persekitaran kerja yang baharu.

Dalam perkembangan lain, Shila yang bercuti selama dua minggu sebelum pulang ke China akan melancarkan album terbaharunya dalam masa terdekat.

Sumber: SINI
##Shila Aamzah dah pun terangkan apa yang patut beliau terang dan bagi pencerahan. Kepada peminat2 beliau harap cool bebeh. Yang selebihnya urusan beliau dengan Tuhan. Semoga kejadian tersebut memberi pengajaran bukan sahaja kepada Shila tetapi pada kita semua.

Kalau la abg long yang tunjuk gambaq lagu tu macam mana erk?? Angpa kutuk ke angpa pengsan??? HaHaHa....harap-harap angpa pengsan la na....KahKahKah..

Zaman serba canggih ni serba serbi kita nak kongsi. Bukan sahaja hal2 luaran, malahan hal2 dalaman selimut pun kita nak hebohkan. Ini la yang dikatakan zaman internet dan teknologi tanpa sempadan, tapi satu je kita perlu ingat....Dalam Islam, apa jua tindakan kita tetap ada sempadannya. Kenapa?? Tak percaya?? Elok la pi ngaji semula...HiHiHi...Y(^_^)Y

Jazakallah


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.