Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, "Suamiku, apakah engkau mencintaiku?" Beliau menjawab, "Ya tentu saja, dirimu sebahagian hidupku". Mendengar itu isterinya bertanya, "Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?". Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut serta penuh kasih sayang. "Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNYA, melayan dengan hormat dan penuh kasih sayang isteriku, anak-anakku dan sesama makhluk. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah".
Sahabat sekalian, cintailah pasangan kita kerana cinta kita kepada Allah, perlakukanlah dengan rasa hormat terhadap pasangan kita, setia dan mencintainya dengan setulus hati kita. Kehidupan tika diselimuti rasa kecintaan sangat abstrak. Di dalamnya ada pelbagai warna......kebahagiaan, kesedihan, kebencian, senyuman semua datang mewarnai diri. Jika pasangan suami dan isteri serta pasangan kekasih hati dua sejoli saling memahami, maka akan selalu ada tunas cinta yang bersemi. Jika tunas cinta terus bersemi maka akan selalu ada bunga-bunga yang bermekaran, lantas menyebarkan semerbak harum wangi dipagi hari menyambut kehidupan yang indah untuk dimiliki.
Sahabat yang abg long kasihi, bersabarlah menghadapi kekurangan si dia yang kita punya, selalu ingatlah akan pengorbanannya. jadikanlah apa yang dia berkurangan itu sebagai kelebihanya. Ingatlah kebaikannya.
Bila datang masalah dan konflik dalam perhubungan, jangan sesekali antara kita saling mengali kelemahan dan mengeluh pengorbanan yang telah pernah kita lakukan, tetapi hendaknya kita saling mengakui kelemahan diri dengan setulus hati, memahami dan memuji. Disinilah rahmat Ilahi turun melimpahi sehingga cinta bersemi kembali. Sesungguhnya, sudah menjadi adat resam sebuah kehidupan yang dipinjamkan, disela hempasan badai dan gelombang samudera datang siling berganti kerana pengakhirannya nanti DIA akan memberi kita ketenangan dan kedamaian hidup yang hakiki. Di situ nanti kita akan belajar erti mensyukuri.
"Seorang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baiknya kamu adalah yang paling baik kepada pasangannya". (HR. Bukhari).
- Sekadar Hiasan |
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.