بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
- Foto: kredit utk incik google |
Syaaban semakin meninggalkan kita, Ramadhan pula semakin menghampiri kita. Bulan yang ditunggu2 oleh para Sang pencinta yang mendambakan redha Tuhan Yang Esa. Bulan yang terkandung didalamnya 1001 keberkatan dan barakah. Di dalamnya tersimpan rahsia malam lailatul qada' yang tiada siapa mengetahui akan kehadirannya.
- Foto: kredit utk incik google |
Bulan Ramadhan ni bulan utk kita umat Islam mengamal hawa nafsu serakah yg berkiblatkan iblis dan setan. Abg long nak berpesan dan invite diri abg long serta sahabat2 semua supaya mana2 perangai tak baik yg kita anuti sebelum ini ada eloknya kita tinggalkan bermula seawal hadirnya fajar Ramadhan nanti. Supaya kita betah mendapat pahala pose yg afdal, lantas menjadikan diri kita diantara hamba2NYA yg terbaik.
Kalau ke pasar ramadhan nanti jangan la berpinar mata, nak itu...nak ini.....semua benda kita pulun beli.....kawal nafsu makan kita juga nafsu membeli. Bersamalah kita bersederhana dibulan ramadhan nanti. Toksah la duk ikut sangat nafsu kebuluq kita tu na....abg long bukan apa, bila kita duk pulun beli mcm2 nanti kita penat nak makan. Bila kita pulun makan macam2 time berbuka pun merbahayakan kesihatan juga. Terlampau kekenyangan selepas berbuka juga buat kita jadi malas untuk bersolat terawih. Jadi, apa yg kita mahu sebetulnya di bulan ramadhan nanti? kepuasan beribadah atau kepuasan perut semata? Tepuk dada, tanya minda.
Untuk teman2 shbt pompuan tuh (laki2 jga tdk berkecuali kot), suka la abg long nak berpesan....jikalau ada gambaq2 hangpa yang seksi lagi seksa bagai tu kat facebook, tagged, blog, twitter, imesh dan laman2 sesawang sewaktu dgnnya elok la dipadam terus dari menjadi tontonan percuma khalayak. Bukan apa, nanti pose yg hangpa jalani tu tak bermakna...sia2 saja.....yg hangpa dapat lapaq dan dahaga.
INGAT!!!Ramadhan bukan bulan pesta JUADAHtetapi pesta IBADAH...(◕‿◕)☆™
Sebelum bermulanye pose ada baiknya kita minta maaf dgn kedua ibu bapa kita serta orang2 di sekeliling kita sepaya kita dapat jalani ibadah pose dengan tenang jiwa. Kalau jiwa tgh kacau bilau time jalani ibadah pose takde guna gak kan? Jadi, mintak la kemaafan dari mereka2 yg sepatutnya. Bersama la kita buat amal ibadah yg berkualiti di bulan pose nanti yer. Sama2 kita jadi hambaNYA yg berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah...Jadi, kesempatan yg ada ni, abg long nak la minta maaf dari semua penyinggah blog abg long yg tak semengahnya ni. Mana2 yg abg long ada terkasaq bahasa serta salah silap tanpa abg long sedari harap hangpa sudi memaafi.
Alhamdulillah, pose tahun ni abg long dpt merasai suasana pose bersama kengkawan seagama dgn abg long. Dulu pose abg long sesorang je.....maklum la, masa tu abg long ni ibarat lelaki melayu terakhir kat situ. Syukur tahun ni bakal dapat merasai kemanisan berpose dlm suasana yg lain dari biasa.
Hari Ahad dpn negeri ganu cuti bersempena menjadi juara SUKMA ke-15. Dapat la cuti tiga hari. So, dapat la abg long merempitkan diri pulang ke kampung untuk menyambut pose bersama keluarga, ayahanda dan bonda tercinta. Dapat la juga abg long settlekan urusan Hostel Raudhah sama. Petang ni akan bertolak ke negeri Serambi Mekah. Harap2 dapat sampai before maghrib nanti.
Lafaz niat puasa sebulan
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.