بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Hangpa dah makan belum? kalau belum apa kata hangpa abiskan bacaan entry abg long perihal info tentang cara makan ni. Rileks la, kita bukan hidup semata2 untuk makan beb, tapi kita makan semata2 untuk hidup. Bila makan kita BETUL baru la kita senang dan tenang nak beramal ibadat. tak gitu??
Kat bawah ini disenaraikan beberapa tips yang mungkin kita boleh kongsi bersama mengenai perihal cara pemakanan yang bagus.
Jangan Makan kombinasi makan seperti dibawah ini ;
1. Jangan makan SUSU + DAGING2. Jangan makan DAGING + IKAN3. Jangan makan IKAN + SUSU4. Jangan makan AYAM + SUSU5. Jangan makan IKAN + TELUR6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD7. Jangan makan SUSU + CUKA8. Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
- Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dulu kemudian barulah makan nasi.
- Tidur 1 jam selepas makan tengahari.
- Jangan makan malam terlalu lewat. Kalau boleh, makanlah makan malam sebelum maghrib.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Islam menyarankan kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. Berikut ini beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan :-
1-Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2-Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3-Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
3-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Mungkin perkara yang disenaraikan dah banyak kali dan biasa sangat kita dengar. Tapi kalau setakat dengar dan tahu saja tapi tak amalkan WAT DE HELL kan?. Yang penting…baca….faham….amal….dan sesama kita sebar luaskan. Tak rugi pun kan kalau kita share benda2 yang baik ni. Betul tak??
- Foto: Kredit untuk Google |
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.