Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 11 October 2011

Anugerah Tuhan

ISTIMEWA SEORANG WANITA.


anak & ibu - jalinan kasih nan suci
Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya, “Mengapa ibu menangis?”

“Kerana ibu seorang wanita”, kata si ibu kepadanya.

”saya tida mengerti”, kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, ”Dan kamu tidak akan pernah mengerti”

Kemudiaan anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, ”Mengapa ibu menangis tanpa alasan?”

”Semua wanita menangis tanpa beralasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak lelaki kecik itu akhirnya membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, namun dia tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Sudah melata dia mencari jawapan kepada persoalan hatinya, namun tetap juga buntu. Lantas dia bertanya kepada Tuhan, ”Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”

Tuhan berkata:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menapung dunia; Namun harus cukup lembut untuk memberikan kedamaian”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang sering kali datang dari anak-anaknya”

“Aku memberikannya keteguhan untuk membuatnya tetap utuh ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya”

“Aku memberinya kekuatan  untuk mendokong suaminya yang dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suazi yang baik tidak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi Madang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”

“Dan  akhirnya, Aku memberinya airmata untuk dititiskan ketika sedih mahupun waktu dia gembira. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila dia perlukan”

“Kau tahu……….Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, perhiasan yang ditampilkan atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana disitulah pintu hatinya – tempat dimana CINTA itu ada.

Di sejadah itu, pengakhiran kepada pencariannya.....pelahan-lahan dia bangun lantas melangkah ke kamar mandi untuk mengambil wujud, diluar sana sayut-sayut kedengaran suara azan subuh....selepas menunaikan solat sunat tadi rupanya dia telah terlelap.



NOTA:
Betapa hebat dan mulianya wanita disisi Allah swt. Tidakah kita menyedari akan kenyataan ini??. Bagi aku wanita adalah ’Anugerah Tuhan’ yang mahal harganya maha benar. Sebagai laki-laki, kita harus menghargai mereka apa adanya. Bagi aku, dunia tanpa mereka ibarat hidup tanpa cahaya.

Namun begitu, dewasa ini, kita sering dijamu serta dihidangkan dengan cerita-cerita yang sadis tentang ’Anugerah Tuhan’ ini.

Anak-anak masa kini berani berkelakuan biadap terhadap sang ibu tanpa menyedari hakikat sebuah kehidupan bahawa tanpa si ibu maka tiada kewujudan mereka ke dunia.

Betapa kita sering terdengar tentang ’Anugerah Tuhan’ ini yang sering dieksplotasi semata untuk kepentingan nafsu dan duniawi. Ada juga diantara mereka yang diperkosa lalu dibunuh dengan kejam, seolah-olah si pelakunya tidak pernah mempunyai seorang wanita dalam hidupnya hatta ibunya sendiri.


Apa yang paling menyedihkan ialah ’Anugerah Tuhan’ ini sendiri tidak pernah merasai akan keistimewaan yang Tuhan beri kepada mereka. Mereka hanyut dalam godaan dunia.



~istimewa~
--> Buat ibuku, terima kasih kerna mendidik aku dengan kesempurnaan dan ketabahanmu
--> Buat adik perempuanku, semoga kamu betah menjadi wanita ”Anugerah Tuhan”.....InsyaAllah..



Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.