Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua. Artikel yang hendak aku titipkan dibawah ini adalah dipercayai bahawa ia bermanfaat untuk kita semua. Renungkan sejenak adakah kita ini manusia yang ego. Semoga kita dihindari dari sifat mazmumah ini..Nauzubillahh....
TANDA-TANDA ORANG YANG EGO
1. Apabila diberi jawatan, rasa sangat seronok.
Mengapa perlu seronok? sesuatu jawatan itu adalah amanah yang wajib kita tunaikan dengan sebaik mungkin. Ingatlah, Orang yang tidak melaksanakan amanah yang diberi tidak tidak mendapat tempat di sisi Allah.
2. Jika tidak dilantik, rasa tidak senang.
Menjadi seorang yang berpangkat, bertambahlah tanggungjawabnya.
3. Jika dia seorang ketua - memberi arahan dengan kasar.
Mengapa perlu kasar? Ini akan menghilangkan rasa hormat orang bawahan terhadap kita. Seorang ketua haruslah tegas dalam segala hal, bukannya kasar.
4. Jika dia seorang pengikut - tidak taat.
Bila kita menjadi seorang pengikut, kita haruslah taat kepada perintahdan arahan Ketua kita selagi ia tidak melanggar hukum Allah.Ketua tersebut pula haruslah seorang seorang yang adil dalam semua hal.
5. Emosional.
Terlalu bertindak mengikut perasaan adalah tidak profesional dan terlalu mengikut nafsu. Bertindaklah mengikut akal.
6. Cepat marah.
Seorang yang kuat, bukanlah gagah di medan perang, tetapi mampu menahan rasa marahnya. Banyak banyaklah beristighfar jika marah hendak menguasai kita.
7. Bergaul dengan org bawahannya hanya untuk menonjolkan diri.
Seorang ketua haruslah bergaul dengan orang bawahannya untuk mengetahui perkembangan organisasi dan masalah yang dihadapi. Itulah yang seharusnya seorang ketua lakukan.
8. Sukar menerima pendapat org lain.
Setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Kita tidak seharusnya menolak mentah-mentah pendapat orang lain, dengan menyangka bahawa pendapat kita lebih baik daripada mereka. Dengarlah pendapat orang, dan pilihlah yang terbaik.
9. Tidak suka jika orang lain beri pandangan.
Kenapa orang lain tak boleh memberi pandangan mereka? Adakah fikiran kita terlalu sempurna? Sehingga kita menutup fikiran kita terhadap pandangan orang lain.
10. Mencelah cakap orang dalam majlis.
Kerana kita merasa bahawa kita terlalu pandai dan orang lain tidak sehebat kita, patutkah kita memotong kata-kata orang ketika orang tersebut bercakap? Di mana kesopanan dan tatatertib kita sebagai seorang manusia yang bertamadun?
11. Tidak berdoa selepas solat.
Adakah kita boleh mencapai kehidupan yang baik tanpa meminta daripada Allah SWT? Jika kita sombong terhadap Allah, Allah pun tidak akan memandang kita sebagai hambanya yang beriman dan bertakwa.
12. Suka tinggikan suara.
Kita berasa hanya kita sahaja yang betul dan juga terbaik dalam semua perkara. kita beranggapan bahawa kita adalah terlalu sempurna hingga orang lain perlu mengetahui akannya.
13. Melengah-lengahkan Solat.
Kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini. Segerakanlah menunaikan Solat, selagi kita mempunyai masa untuk menunaikannya.
NOTA
Apa pandangan para sahabat sekalian? Adakah ego itu sesuatu yang baik? Hindarkanlah sifat ego agar kita dapat mencipta hubungan yang baik sesama manusia dan juga kepada Allah SWT.
NOTA
Apa pandangan para sahabat sekalian? Adakah ego itu sesuatu yang baik? Hindarkanlah sifat ego agar kita dapat mencipta hubungan yang baik sesama manusia dan juga kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.