Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 23 October 2011

Cinta Itu Pendamaian

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Dua orang pemuda bersahabat baik. Dari kecil hingga dewasa hubungan mereka begitu akrab sekali. Tiada apa yang membezakan mereka dalam persahabatan walaupun mereka berbeza darjat. Ini kisah persahabatan antara seorang pemuda A dan pemuda B. 

Pemuda A berasal dari keluarga berada, punya jawatan bagus dan berperwatakan menarik....pendek kata ia mempunyai pakej yang lenkap sebagai jejaka idaman Malaya. Pemuda B pula seorang jejaka yang biasa-biasa sahaja, cuma bekerja kampung untuk menjaga ibunya yang telah tua.

Kedua-duanya menaruh hati kepada seorang gadis yang sama ketika mereka sama-sama menuntut di salah sebuah universiti di utara sana. Masing-masing tidak mahu mengalah dan berundur diri. sehinggalah suatu hari mereka meminta si gadis memilih eorang daripada mereka berdua. Ternyata, pemuda A menjadi pilihan hati si gadis. Pemuda B berasa sungguh kecewa. Pemuda A  bersimpati dengan sahabatnya itu. Namun pemuda B hanya tersenyum dan menyatakan;

"Jangan kau risau. Tiada siapa yang tewas dalam kisah cinta ini. Cuma aku minta pesahabatan kita dihentikan seketika. Aku ingin merantau. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan bertemu kembali dan persahabatan kita akan menjadi lebih kukuh".

Pemuda A terkejut dengan permintaan sahabatnya, namun dia tidak dapat menahan kehendak sahabat baiknya itu.

selang bertahun-tahun lamanya, pemuda A sedang bersia-siar di sebuah kompleks membeli-belah sewaktu rehat kerjanya, dia memasuki sebuah gedung barangan elektrik berjenama yang agak besar dan nampak mewah. Sedang dia melihat barang-barang di situ, dia ternampak seseorang yang seakan dikenalinya. seseorang yang telah lama dia tidak berjumpa dan amat merinduinya.

Dia cuba merapati lelaki itu sehinggalah akhirnya dia pasti bahawa lelaki itu adalah pemuda B, sahabat baiknya. Alangkah terkejutnya mereka berdua, tanpa diduga mereka bertemu semula. mereka saling bersalaman, berpelukan melepaskan rindu. Mereka bertanya khabar dan berbual mesra sambil menceritakan perihal masing-masing. 

Sedang mereka berbual rancak, terpancul pertanyaan dari pemuda A; " Bagaimana kau boleh mengecapi kehidupan yang begini hebat sekarang?".

Pemuda B hanya terenyum sambil mempelawa pemuda A masuk ke dalam pejabatnya. Pemuda B menjelaskan, "Semua ini adalah kerna cinta".

"Cinta?", tanya pemuda A kehairanan.

"Cinta pada siapa?", soalnya lagi.

"Cinta pada gadis yang telah menjadi milikmu sekarang", jawab pemuda B tenang.

"Tapi, bukankah kau telah kecewa kerana aku yang berjaya memilikinya?", tegas pemuda A pula.

Pemuda B membuka cerita. "Ya, betul. Kau berjaya memilikinya. Tapi cintaku padanya adalah sebuah cinta sejati. Tidak kerana aku gagal memilikinya maka cintaku terus padam. Malah aku telah membawa semangat dan obor cintaku itu dalam perjuangan hidupku selama ini. Aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupanku menjadi lebih berjaya. Dan di setiap detik hidupku, cintaku itu menjadi teman, dorongan dan semangat untukku. Disamping itu, cintaku padamu sebagai seorang sahabat dan cintaku pada Tuhan memberi aku kekuatan dan ketabahan."

Pemuda B berhenti berbicara. suasana hening seketika. Di wajah pemuda A ada raut kesayuan mengenangkan liku-liku kepayahan yang terpaksa ditempuhi oleh sahabat baiknya. Namun, disudut hati kecil dia bersyukur kerana sahabat baiknya itu tidak mendendaminya malah memesrainya tanpa ada apa-apa yang pernah berlaku diantara mereka.

Pemuda B memecahkan suasana yang sepi dengan menyambung kembali ceritanya. "Padaku cinta itu tidak semestinya bersatu tetapi sebagai tanda cinta itu benar-benar sejati, maka aku harus lakukan yang terbaik dalam hidupku sebagai membuktikan aku benar-benar menyintainya. Cinta yang sejati tidak menuntut kita ke jalan yang salah dan membawa kemusnahan dalam hidup. Kini aku telah mempunyai kerjaya yang bagus, aku juga telah mempunyai isteri dan anak-anak yang amat aku sayangi. Namun begitu, aku tak pernah lupakan cinta ku yang sejati itu....."


NOTA:
Sahabat2 ku, berakhirnya percintaan bukanlah penamat kepada sebuah kehidupan. Cinta bukanlah hak milik tapi anugerah. Ssgghnya hidup ini terlalu pendek dan singkat untuk kita meratapi sesuatu perkara yang remeh dalam hidup kita. Andai kita tahu menilai 'anugerah' itu maka kita akan menjadi insan yang kuat, tabah dan redha atas segala ketentuanNYA. Dia tidak akan memberi kita bebanan dgn sesuatu yg kita tdk mampu utk kendong. Dia memberi kita sedikit ujian semata utk mlihat keutuhan merah sekeping hati kita serta memberi kita ruang utk mengenal diri kita serta kekuasaanNYA. 

Namun kita acap kali terjumpa, terlihat dan terbaca tentang kisah insan-insan yang tewas dalam percintaan yang mana mereka juga telah tewas dalam kehidupan mereka. Mereka meletakkan cinta mereka di tempat yang salah, membuat sesuatu yang salah.....juga beranggapan salah atas ujian yang telah bertandang datang melingkari kisah cinta mereka.

Sahabat2 ku, apabila kita melihat masalah sebagai kesempatan membangunkan diri, kita akan berfikiran positif.


Mutiara Hati

"Jika anda boleh bermimpi bermakna anda boleh melakukannya. Semuanya boleh menjadi nyata jika kita semangat untuk merealisasikannya" 
-WALT DISNEY-

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.