بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
::Untuk renungan kita bersama::
::Untuk renungan kita bersama::
Didalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri dihadapan dewan kuliah, meja hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dngan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.
Dia kemudiaan bertanya kepada para pelajarnya, adakah baling tersebut penuh dn pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam baling mayonis yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas mengoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong diantara bola-bola golf. Pelajar-pelajar beliau melihat penuh kehairanan, pelik dengan tingkah professor mereka. Sekali lagi dia bertanya akan pelajar-pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab ”ya!”.
Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiaannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah tersedia ada disisi bola golf, batu kelikir dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat diantara pasir. Para pelajarnya mula ketawa dan tersenyum melihat tindakan pelik profesor sebut.
“Sekarang…..”, profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.
”Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda....”, kata profesor tersebut sementara menunggu reaksi dari pelajarnya. Suasana menjadi sunyi. Semua pelajarnya seakan-akan mula menjana pemikiran.
Lalu, profesor itu menyambung kembali tuturnya ”Bola-bola golf mewakili perkara penting. Contohnya, hal-hal spiritual (keagamaan), keluarga anda, anak-anak anda, kesihatan anda, teman-teman dan semangat anda. Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerjaya anda, rumah atau kereta anda...manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil”.
Para pelajar terkaku kelu tidak dapat menangkap dan memahami maksud yang hendak disampaikan oleh profesor mereka.
”Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu......anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.......”, profesor itu berhenti berbicara seketika sambil menatap wajah para pelajarnya.
”Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti....anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu-iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir......”
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi.
Sambil tersenyum profesor itu menjawab, ”Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..”
Oleh: Hamba Allah
NOTA:
Apabila kehidupan kita seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah ”Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini...”
Jadi, buat teman-teman ku sekalian, hello-hello la aku disini agar kita bisa untuk bersama menikmati enaknya air kopi.
Sekian. Wassalam.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.