Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 19 March 2014

MH 370 dan Aku | Suratan atau kebetulan?



Hampir seminggu juga aku tak murnikan blog aku ni dengan agenda2 yang aku fikir patut dikongsikan dengan khalayak. Namun kebusyan dan tahap kesihatan yang kurang baik muktahir ni membataskan aku untuk bertenggek depan laptop lelama.

Ada sahabat aku pesan, "Sakit itu kifarah dosa". Alhamdulillah, ada juga sahabat mengingatkan aku tentang ini. Sekurang2nya aku tak alpa.....lupa dan leka. Setiap apa yang diberiNYA ada asbab dia. Husnuzon pada Allah itu comei.....Betul tak? 

Dalam seminggu busy dan 'ketat' dengan tahap kesihatan yang merundum, aku just online sekejap2 sahaja. Itu pun sekadar mengLIKE karya2 rakan taulan yang bertebaran di wall muka buku aku dan bersiaran langsung di wechat official Digital Raudhah (Yang ni nanti aku publish). Selebihnya aku banyak mengikuti perkembangan terkini kemisterian kehilangan kapal terbang boeing 777-200 MH370, mencari kunci dan clue terhadap fenomena MH 370 serta meningkatkan perang saraf terhadap #MansuhPBS (HaHaHa......amik kau dop perang saraf starang - loghat t'ganu).

Insyallah, aku akan bersiaran seperti biasa tanpa unsur2 luar biasa walaupun aku tahu masyarakat kita sekarang hidup penuh dengan tanda tanya. 

Aku baru tak bersiaran di blog ini seminggu. Ada korang tertanya2 dan cuba menjejaki aku? HaHaHa.....aku cuba melawak mega sama korang semua. Harap korang jangan cepat melatah. Keep cool and calm. You are my freinds!

Aku 'hilang' dari bersiaran diblog yang ohsem ini baru seminggu, Kapal terbang MH 370 dah dua belas hari hilang beb. Dunia masih belum kiamat. Rileks santai. Well, adakah kehilangan aku seminggu dan kapal terbang Malaysia Airline MH 370 yang masuk hari ke-12 ini disengajakan? Suratan atau kebetulan?

Jawapan ada pada perenggan pertama untuk 'kehilangan' aku (sila skroll ke atas). Korang memang best.....kenapa korang best? Sebab you are my freinds.....HeHeHe....Mesti korang kata aku 'berspekulasi' tentang MH 370 dengan menulis entri ini. Tapi sebenarnya, tentang  kemisterian kehilangan MH 370 aku telah pun tulis dalam entri sebelum ini. Karang nak tahu, kena la baca. Macam mana nak baca? Korang godek2 la cari dalam arkib entri aku yang lepas2. Insyallah, masih bertenggek kat situ. Apa yang aku feeling well ada kat situ. Masuk hari ke-12, perasaan aku tetap sama sepertimana yang penah aku tulis sebelum ni.

Apa yang terjadi pada aku seminggu tak bersiaran ada absab dia. Segalanya adalah ketentuan DIA. Hidup aku...mati aku......semuanya adalah milik DIA.  Begitu juga dengan apa yang telah tertulis dalam riwayat MH 370. Semuanya adalah perancangan DIA. Baik mana pun perancangan manusia, tak sehebat dan secantik perancangan DIA. Dalam hal ini, aku....kau dan keluarga kau perlulah yakini. DIA lebih berkuasa dari US, RUSSIA, CHINA dan juga DSN sendiri. 

Bagi aku, kisah yang dipertontonkan ini sudah tak lama. Setiap benda baru pasti ada awal dan akhiranya. Ia tetap akan berakhir. Jadi, korang jangan bimbang. Keep pray (bagi yang muslim tu jang pray sahaja, jaga juga solatnya). Betul ke akan ada penamat? Inshallah.....Yakin la pada Allah. Jika ada to be continued sekalipun maybe dalam episod yang lain. Bese la kan, drama korea kan berkoyan2 episod kisah dia. Apa kata k-popper seluruh tanah jawi ni, betul tak?? HiHiHi...

Apa yang aku tulis kat sini bukan clue dan bukan juga spekulasi tentang kemisterian kehilangan MH 370. Aku tulis ni sebab aku nak bagitahu keadaan aku. Jika korang cari bangkai pesawat MH 370 memang tak jumpa la kat sini. HaHaHa.....Jangan pula korang marah aku.....Y(~__^)Y

Korang tengok tak PC ( Press Conference) MH 370 petang tadi?? Korang analisis tak setiap apa yang disampaikan? Ke korang terima bulat2 jer apa yang disampaikan? Kepada yang pernah amik subjek pemikiran kritis dan teknik berfikir jika tak nak guna ilmu yang korang belajar itu memang sesia je la.

Ok la, aku nak mententeramkan perut aku dulu. Lepas tu aku nak buat kerja2 editing sikit. Dan juga memurnikan rekod book aku. Lepas ni aku nak cuti lama. Nak cuti dengan sesenang pankreas aku tanpa memikirkan urusan kerja. Oh ya, sebelum aku lupa....kempen #MansuhPBS dari segi moral dah sedikit berjaya bilamana kerajaan melalui Menteri di Kementerian Pendidikan Malaysia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah pun memansuhkan bebarapa elemen dalam PBS (yang ni nanti aku story next entri) sehingga wujudnya PBS Baru yang bagi aku tak sama tapi serupa.

Aku stop dulu. Nanti ada masa aku sambung lagi. Kepada korang semua, sudi2 kan lah diri menghayati apa yang ada dalam grafik kat bawah ni.


Kredit photo : Google 

Insyallah, aku dan korang semua akan temui apa yang dicari. Sesungguhnya, hidup ini sendiri adalah satu pencarian. Teruskan mencari.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.