Nampaknya pelbagai spekulasi dan teori yang diolah oleh orang ramai tentang perihal kehilangan pesawat MH370 sabtu lepas. Dalam banyak2 artikel berita yang aku baca dari berita luar negara, rasa nak sangat buat rumours berdasarkan pembacaan aku. Tapi, secara logiknya....rumours aku tu maybe sikit pun tidak membantu atau menjadi kunci untuk menemui pesawat tersebut. So, baca...tunggu dan lihat.
Bukan apa, orang ramai yang keliru akan bertambah keliru dengan jutaan teori dan spekulasi yang berlegar2 di dunia maya dan juga kaca televisyen serta laporan akhbar. Semua orang tertanya2 kenapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan seribu satu tanda tanya tanpa apa2 jawapan konkrit. Kehilangan MH370 itu bukan lagi menjadi tragedi tetapi menjadi satu fenomena.
Aku ada terbaca satu laporan yang mengatakan bahawa ada ahli keluarga mangsa dari negara China telah menelefon mangsa (penumpang MH370), walaupun panggilan tersebut dapat disambungkan namun tiada siapa yang menjawabnya. Situasi ini secara tidak langsung telah mematikan spekulasi bahawa pesawat MH370 telah terhempas dilautan. Tumpahan minyak yang ditemui juga bukan hak milik pesawat MH370 yang hilang. Petanda2 yang keluar masuk menyebabkan orang ramai (termasuk aku) bertambah keliru dan celaru.
Alhamdulillah, video ulasan kemisterian kehilangan pesawat MH370 dari Kapteen Norudin Abd Majid sedikit sebanyak dapat membuka mata hati dan minda aku. Korang boleh terjah tonton video kat bawah ni.
Kupasan yang sangat ohsem bagi aku. Ada hikmah atas apa yang berlaku ini. Tidak kira sama ada ia disengajakan atau ianya adalah suratan.
Well, sebenarnya kunci untuk membuka dan menutup kisah misteri pesawat MH370 ini ada. Jika sains dan teknologi tak dapat nak merungkai misteri ini, kita boleh guna ikhtiar 'doa'. Bukankah senjata orang mukmin itu doa?
Firman Allah swt yang bermaksud,
"Dan apabila hamba Ku itu bertanya engkau dari hal Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku perkenankan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepada Ku." [Al-Baqarah:186]
Aku yakin semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia tengah berdoa sekarang ni untuk MH370. Aku harap setiap yang menulis "pray for MH370" bukan sahaja menaip semata tetapi disertakan dengan perbuatan. Insyallah.....
Bila aku semakin banyak membaca perihal kemisterian pesawat MH370 ni aku mulai bimbang. Aku mulai bimbang ini satu 'permainan' walaupun melibatkan ratusan nyawa dan jiwa, kerana sejarah telah membuktikan kisah 'permainan' ini ada......nauzubillah...
Bila aku semakin banyak membaca perihal kemisterian pesawat MH370 ni aku mulai bimbang. Aku mulai bimbang ini satu 'permainan' walaupun melibatkan ratusan nyawa dan jiwa, kerana sejarah telah membuktikan kisah 'permainan' ini ada......nauzubillah...
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
mudah2ann allah memudahkan pencarian ini,,aamiin
ReplyDeletemudah2an allah permudahkan usaha mencari..aamiin
ReplyDelete