Hari ini masuk hari yang ke-12 pesawat Malaysia Airline MH370 hilang tanpa jejak. Kemisterian kehilangannya menjadikan Malaysia bahan berita dan bahan lawak jenaka seluruh dunia.
Sehingga ke hari ini, pesawat MH370 serta isinya masih juga belum ditemui walaupun pelbagai teori dan penemuan telah dihighlightkan kepada umum. Namun, apa yang aku bimbangkan, ini adalah 'permainan'......'permainan' yang telah dirancang dengan teliti sejak sekian lama mengambil teori 'problem > reaction > resolution'.
Problem yang 'mereka' cetuskan > reaction dari 'kita' yang buntu > resolution yang 'mereka' tawarkan buat 'kita' yang keliru dan celaru.
'Mereka' sudah mengkaji persepsi kita sejak sekian lama. Mereka tahu 'kita' suka share, suka parodi, suka melantah. Facebook, twitter, whatsapp, wechat, blog dan lain2 media sosial sendiri menjadi tempat ujikaji mereka.
Boleh jadi, 'bomoh' itu juga sebahagian dari 'permainan' mereka, untuk meletakkan maruah 'kita' sampai ke kaki. Buktinya? Lihat sahaja reaksi kita terhadap bomoh itu dan reaksi dunia terhadap reaksi kita terhadap bomoh itu. 'Mereka' telah berjaya mencipta pesepsi dunia terhadap 'kita'.
Di awal fenomena MH370 ini aku telah tulis diblog ini. "Aku mulai bimbang ini satu 'permainan' walaupun melibatkan ratusan nyawa dan jiwa, kerana sejarah telah membuktikan kisah 'permainan' ini ada....nauzubillah...."
Nampaknya, 'permainan' ini masih panjang lagi walaupun tanda2 penamat sudah ada. Teruskan berdoa. Hanya dengan doa sahaja mampu mengubah segala. Insyallah.
Sekadar pendapat peribadi.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.