AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 12 October 2013

TERKINI | Wanita 22 Tahun mangsa tembakan di Kota Bharu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sekarang ni hidup dah semakin tidak selamat. Tadi siang masa tengah buang masa kat Kuantan ada member wassap. Berita tergempar dan terkini dari Kota Bharu, wanita 22 tahun menjadi mangsa tembakan dari jarak dekat ketika memberhentikan kenderaan dipersimpangan lampu isyarat.

Ada juga google tentang maklumat kes tembakan tersebut, tapi nampaknya portal2 berita masih belum updates berita mereka. Kalau ada pun beberapa blog yang sahaja yang tulis pasal kes tersebut.

Abg long cuba minta kesahan berita dari sahabat yang berada di sana. Alhamdulillah, ada yang sudi berkongsi berita dan cerita serta gambarnya sekali.


Kes tembakan ini berlaku dipersimpangan lampu isyarat Kg Cabang 4 Binjai, Kelantan. Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 6.30 petang. Mangsa dikatakan memberhentikan kenderaan beliau ketika lampu isyarat berwarna merah. 

Mangsa telah ditembak beberapa kali dan mangsa telah mengalami kecederaan di lengan kanan dan tapak tangan kanan. Penjenayah dipercayai dua lelaki melayu menaiki motosikal Yamaha 135 LC warna merah (no pendaftaran tidak pasti) dan masih lagi bebas berkeliaran. Motif  kes masih dalam siasatan dan pihak polis masih lagi memburu suspek. 


Mangsa yang cedera di lengan kanan dan tapak tangan telah dibawa mendapatkan rawatan ddi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. 

Untuk maklumat lanjut korang boleh dapatkan akhbar2 utama nanti atau terjah portal2 berita online untuk pencerahan minda.

Baru dua hari lepas polis main tembak2 dengan penjenayah kat haiway DUKE, arini ada pula kes cenggini. 

Dah macam dalam filem. Penjenayah sikit pun tak gerun dah dengan undang2.....tengah2 orang ramai pun mereka berani....setahu abg long lokasi kejadian wanita 22 tahun ni kena tembak betul2 depan balai polis Kg Simpang 4 Binjal. korang tengok, betapa beraninya penjenayah sekarang. Bukan setakat depan orang ramai, depan balai polis pun diorang berani.

Nak keluar rumah pun dah cuak sekarang ni. Keselamatan dah tak terjamin. Bila2 masa boleh jadi mangsa. Walaupun takde musuh tapi takut gak, mana tahu tetiba kita  dimangsakan atas dasar pelanduk dua serupa. Tak ke naya cengitu.....penjenayah ni bukan boleh pakai mana, janji projek jalan upah dapat. Siapa mangsa diorang dah tak kira...

Hmmmmm......kes tembak menembak menggunakan senjata api sekarang dah semakin berleluasa. Operasi kaw2 pihak polis membenteras jenayah muktahir ini macam tak meninggalkan gerun buat penjenayah. Kenapa jadi begitu? Mesti ada yang tak kena kan? Ntah.....tak tahu kat mana silap yang ada....

Well, lepas ni kita semua perlu la lebih berwaspada....supaya tidak menjadi mangsa. Ingat, bahaya dan penjenayah kini sedang mengawasi kehidupan kita.

Apa pun, syukur....Malaysia masih aman.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.