Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 12 August 2013

Lepas tembak bom pula

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Apa nak jadi sekarang ni.....Jenayah saban hari makin menjadi-jadi. Tembak sana sini..... pecah rumah..... rompak..... ragut..... bunuh.... rogol..... dah macam tak terkawal lagi.

Yang peliknya, pihak yang berwajib selalu war2 kan kat tv yang indek jenayah terkawal dan semakin menurun.....Tapi kenapa sebaliknya pula terjadi? Sandiwarakah semua ini? Atau kenyataan yang dibuat sekadar nak dijadikan penyedap???

Kalau tak percaya, baca paper.....buka tv dan tengok berita.......laporan berita tentang kes2 jenayah pasti ada tiap hari. Kenapa? Mengapa? Lemah sangatkah undang2 yang ada kat Malaysia ini sampai para penjenayah ni sikit pun tak gerun hati? Atau.......Hmmmmm......


Terbaru kes letupan bom di Tumpat, Kelantan sehingga menyebabkan kematian. Tadi masa on the way balik usai menjalankan tugasan terdengar berita di THR Gegar yang mengatakan kes tersebut kes letupan bom, bukan kes mercun sepertimana tersebarnya khabar angin memula tragedi tersebut berlaku.

Menurut DJ THR Gegar tadi, satu objek mencurigakan telah diletakkan diatas kenderaan milik abg ipar mangsa, abg ipar mangsa khabarnya bekerja sebagai anggota polis. 

Sebelum kejadian berlaku isteri mangsa khabarnya terlihat satu objek hitam mencurigakan di atas kenderaan MPV milik abang beliau ketika membuka pintu rumah sebelum memaklumkan kepada mangsa. 

Mangsa mengambil objek tersebut, tetapi tiba-tiba berlaku letupan. Mangsa disahkan mati ditempat kejadian. Baca SINI untuk maklumat lanjut.

Persoalan di sini, siapa yang penjenayah tersebut hendak bunuh sebenarnya? 

Mungkin akan ada yang bernada sinis nanti mengatakan kes ini adalah kes terpencil.....Tapi, bagaimana dengan kes2 jenayah yang lain? Masih selamatkah kita semua bilamana kes jenayah semakin menjadi2? 

Hari ni mereka menjadi mangsa......akan tiba hari kita juga......itu pun jika kita masih berasa selesa dengan 'kelopongan' sistem keselamatan yang ada.

Atau kita masih boleh berlapang dada.........yer la kan......kita kena bersyukur.......yang penting negara aman. Gitu???

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.