السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Hai, selamat hari Jumaat semua. Kepada yang sedang bekerja, selamat bekerja. Kepada yang sedang bercuti tu, guna la cuti anda sebaiknya.
Ok la, pagi ni abg long nak share sedikit tips bagaimana nak kekalkan kesegaran sayur untuk tempoh masa yang lama. Tips ni elok sangat digunakan oleh kaum2 ibu semua. Maklum la kan.....zaman serba barang mahai ni, ada eloknya kita berjimat.
Kadang2 sayur yang kita beli kat pasar tak masuk hari ke dua dah layu dan lembik. Well, macam mana nak kekalkan kesegaran sayur tersebut? Mudah jer....Tips ni abg long dapat masa kerja jadi crew kat sebuah restoran bertaraf international kat ibu kota kolumpo dulu.
Korang follow intruction kat bawah ni.

- Korang pergi ke pasar, beli sayur dulu....(HaHaHa...tak kan yang ni pun abg long nak ajar kot....HeHeHe...)
- Balik dari pasar pastikan sayur yang korang beli tu tidak dibasuh.
- Sediakan beberapa helai surat khabar lama.
- Bungkus sayur yang korang beli tadi dan ikat dengan getah.
- Simpan dalam peti ais.
Senang bukan? Seeloknya korang bungkus tebal sikit surat khabar tu, supaya hawa dingin peti ais tidak merosakan tisu2 sayuran tersebut sehingga menyebabkan ia mudah kering atau lembik. Korang boleh rujuk gambar kat bawah kalau tak faham.
Walaupun dah lama quit, sampai sekarang abg long masih praktik ilmu yang abg long dapat dulu tu. Alhamdulillah, memang sayur-sayur tu akan tahan lama jika dibandingkan dengan sayur yang disimpan dalam peti ais tanpa dibungkus dengan surat khabar.
Oh ya.....suka abg long ingatkan korang, tolong JANGAN simpan sayur-sayur yang korang beli tu dalam beg plastik. Nanti sayur cepat lembik dan busuk.
Ok....Selamat mencuba.
Jazakallah.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.