AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 5 September 2013

BENTUK-BENTUK HUKUMAN YANG DILARANG DI SEKOLAH.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Bila baca benda macam gini tersentap juga seketika. Dah tak tahu nak cakap apa dah.....bukan abg long jer penah sekolah....angpa yang mai terjah blog abg long ni pun penah gak bersekolah....macam2 pengalaman yang kita dapat sepanjang proses pendidikan kita di alam sekolah rendah dan menengah. 

Hukuman dan dendaan yang kita dapat selama ini banyak mematang dan mendewasakan kita. Cikgu2 denda dan hukum bukan semata untuk suka2 tapi nak kita jadi manusia sebenar2 manusia....bukan manusia jadi-jadian...

Tapi pelik, ada juga yang tak suka bila hukuman dan dendaan diberikan kepada murid dan pelajar.....sedangkan dendaan dan hukuman itu adalah latihan menguatkan jatidiri dan kekentalan emosi....itu pendapat abg long la, angpa punya pendapat tak tahu la macam mana.

Khalifah Umar al-Khattab R.A pernah berpesan, "Didiklah anakmu mengikut zamannya." Tapi yang peliknya, sekarang ni proses didikan itu sepenuhnya diserahkan kepada guru2 di sekolah. Ibu bapa hanya sekadar menyediakan makan pakai dan wang belanja untuk anak2 sahaja.

Allah swt sendiri menyuruh ibu bapa merotan anaknya yang tidak solat tika berumur 10 tahun lagi. Bukan kerana Allah swt itu kejam tetapi DIA nak mendidik manusia terutamanya umat Islam agar patuh pada suruhanNYA dan jangan buat apa yang dilarang.

Berbalik pada isu kat atas, sekolah bukan sahaja tempat belajar....tetapi tempat MEMANUSIAKAN MANUSIA. Jika semua senarai kat atas tak boleh bermakna guru hanya boleh mengajar tapi tidak boleh mendidik. 

Hmmmmm....patut la ramai sangat sekarang ni anak2 yang kurang ajar dengan ibu bapa dan tak hormat orang yang lebih tua....Sebab? Kita semua sedia maklum.....Jadi, tepuk dada tanya iman memasing...

Apa motif undang2 sedemikian diwartakan hanya yang keluarkan ia sahaja sedia maklum. Mereka lebih bijaksana dari sekalian manusia yang ada. Mungkin undang2 sedemikian bersempena mengambil semangat roh 'hak asasi manusia' sehingga mengetepikan nilai2 didikan ajaran Islam yang telah sedia ada.

Nak tanya sikit, angpa yang dah jadi ibu dan bapa kalau anak buat salah dan silap angpa biarkan saja ke? Sikit pun angpa tak tegur....langsung angpa tak marah? gitu?

Abg long ada tampal dah sebelum ni kat SINI berkenaan isu ni. Tapi malam ni rasa nak ulas panjang lebar pula.....saja nak berleter.....Opppssssss.....lupa, tak boleh gak nak berleter-ianya adalah salah...HaHaHa....

Bila ramai sangat yang HEBAT-HEBAT kat KPM ni la jadinya.....(◕‿◕)™

Kepada sahabat2 abg long yang cikgu dan bukan seorang guru apa pendapat kalian dengan undang2 yang diwartakan ini...boleh bagi respon tak?

Jazakallah

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Budak budak skrg makin manja time sy dulu tak de nya ini tak boleh itu tak boleh salah tetap salah haishhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti apa modus operandi KPM buat undang2 sebegini.

      "tak suka sistem pendidikan negara boleh pergi belajar kat negara lain" kata si tolol..

      HeHeHe...Y(^_^)Y

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.