Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 30 August 2012

Sambut Merdeka Versi Diari Seorang Lelaki

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Maaf sebab dah banyak lama tak bercanda jemari kat blog ni. Masa ada tapi idea pula takdak, idea ada tapi masa pula takdak. Mati kutu abg long nak updates entri kat blog ni dibuatnya. Untuk memujuk hati, abg long sibukkan diri menerjah open house sana sini. Bak kata orang lama-lama; Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut sukalah hati...Hi hi hi!. Harap angpa yang PENCINTA TEGAR blog abg long ni tidaklah merajuk hati. Kesulitan amat dikesali. Angpa boleh juga follow dan skodeng abg long kat SINI.

Entri kali ni abg long nak cuit-cuit perihal K.E.M.E.R.D.E.K.A.A.N. Apa itu merdeka? Hmmm...Tak payah kot abg long ulas makna merdeka ni kan. Kalau angpa nak tau juga elok rasanya angpa tanya lebai google. Dah capai akil baligh kalau tak tau apa makna merdeka ada eloknya angpa terjun lombong....Ha ha ha! Tapi, kalau angpa nak tau juga apa itu erti kemerdekaan angpa boleh tekan SINI. Dijamin cool!

Detik masa 31 Ogos semakin mengamit warga Malaysia. Tengah malam nanti bergemalah laungan keramat Merdeka! Merdeka! Merdeka! di sana sini. Langit pun meriah dengan percikkan warna-warni bunga api. Ramailah manusiawi yang terkinjal-kinjal nanti, kononnya meraikan diri yang tidak dijajah lagi. Memang gerenti meriahlah acara malam nanti. Konsert nyanyian menjadi santapan rohani sebagai habuan sebuah perjuangan suci. Halal dan haram sudah tiada bezanya lagi. Gerenti ramai malam nanti yang akan lupa diri....Kalau tak percaya, we will see! Abg long berani potong kuku beb law bab ni!! 

Tahun ni abg long nak sambut merdeka atas tikar sejadah ja. Ok tak? ^_^ Abg long nak sambut ikut nafsu abg long sendiri. Kalau angpa rasa comel dan sweet, u can follow me together (speaking london gitu..hahaha..^^)

Lagi satu, bab logo dan tema merdeka. Sebetuinya, malas Abg Long nak ikut menyibuk dalam perbalahan berkenaan logo dan tema hari kemerdekaan antara parti politik kerajaan (UBN) dan pembangkang (PR) ni. 

Abg long rasa, angpa semua pun dah naik pening kepala dengan tingkah para pemimpin kita. Bergaduh bagai depa tu kanak-kanak ribena. Kalau la ada depan mata, mau ja abg long piat-piat depa punya telinga. 

Jadinya, abg long memilih logo dan tema sendiri yang abg long kira lebih best dan cool. Untuk kita2 aje...Ha ha ha!

¤*¨¨*¤.¸¸.¤*¨¨*¤.¸¸.
\¸..,M.E.R.D.E.K.A¸¸.
.\¸.¤*¨¨*¤.¸¸.¤*¨¨*¤.¸¸.
...\
☻/...
/▌....
/ \...... Malaysia d'ku


~SELAMAT MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN KE-55~


NotaDiari:
1- Malaysia ni kecik ja...Kalau kita pakat2 gaduh, Malaysia siapa mau jaga?

Y(^__^)Y No War!

2- Malam diambang merdeka bukan malam utk kita-kita berpesta-pestaan melonggokkan anak tidak sah taraf (anak luar nikah). Ada akai tlg pakai!! Nanti tak pasai2 jadi daging salai!!

Saya Anak Malaysia!
Saya Anak Merdeka!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Selamat hari merdeka.. Singgah sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik yuyu kerna sudi singgah blog hingusan sy ni. InsyaAllah, sy akan singgah. ツ

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.