Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 12 August 2012

Bertuahnya Mereka

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Baru berkesempatan utk mengupdate blog. Tadi seusai solat terawih abg long pi mengurut sat. Sakit tang tengkuk dan belakang rasa dah tak boleh nak tahan dah. Nak memandu dan solat pun sukar yg amat. Semacam kesulitan ini memberi tanda yg abg long dah memasuki umur separuh senja. Tapi tak kisah la kan, apa la yg ada pada umur....semua tu cuma angka....kuikuikui....^^

Ni abg long nak kongsi cerita ttg MB Terengganu, YB Dato' Ahmad Said. Siang tadi telah berlangsung majlis penyampaian dana hari raya oleh MB Terengganu (menteri besar yg tak diterima sebahagian kecil wakil2 rakyat UMNO. Kalau angpa nak tau kisah 'tak diterima' ni angpa boleh tanya lebai Google). Untuk majlis tersebut Abg long telah diberi tugas menjadi fotographer tak bertauliah. 1st time abg long bertemu mata dgn YB MB secara live. Orangnya simple dan sentiasa tersenyum. 

Sebelum pengagihan dana tu macam biasa la kan, mesti ada ucapan kata2 aluan sepatah dua kata oleh YB MB. Rasanya tak payah la kot abg long nak publish ucapan YB MB tadi. Angpa pun dah boleh agak apa intipati ucapan beliau. Kalau angpa nak tau gak boleh la emel abg long, nanti abg long kasi sesalinan teks ucapan beliau....hihihi ^^

Ramai juga khalayak yg hadir tadi, penuh dewan. Dalam anggaran abg long, tak lebih dan tak kurang 400 orang yg hadir utk menerima dana tersebut. Jelas terpancar keceriaan dan kegembiraan di wajah org ramai yg hadir tadi. Mengikut maklumat yg abg long terima tadi, jumlah sumbangan kerajaan negeri Terengganu tersebut utk warga emas RM200 manakala golongan muda pula dapat RM300. Lumayan juga tuh kan?  Alhamdulillah, dapat la digunakan duit tersebut utk buat persiapan aidilfitri yg dah tak lama lagi.

Mereka yg dapat dana tu memang bertuah tapi abg long lagi bertuah coz dapat snap gambaq YB MB. Dalam banyak2 gambaq yg abg long snap tadi gambaq YB MB yg kat bawah ni paling mantap (ayat angkat bakul nih).... kalau angpa tak setuju pun ada abg long nak kisah? hahaha

- YB MB Ahmad Said kasi pose maut utk abg long
Tadi, abg long sempat la juga bertegur sapa dgn orang ramai yg dapat dana. Abg long lontarkan beberapa soklan cepu emas kat depa. Rata2 semuanya senang dgn cara YB MB Ahmad Said. Pengagihan bantuan, dana atau apa2 sahaja pemberian dari kerajaan negeri akan sampai terus kat depa sejak YB MB Ahmad Said jadi kepala. Bermakna, ketirisan dan kebocoran seperti sebelum2 ni dah jarang ada, mungkin langsung tak ada. 

Sejak lepaking kat Terengganu ni ada juga abg long terdengar cerita yg rakyat Terengganu (terutamanya org kampung) berkenan dan suka dgn gaya pentadbirannya. Tapi apa yg aabg long peliknya, dlm UMNO sendiri semacam tak suka kat dia. Khabarnya, selepas PRU13 sekiranya BN menang lagi negeri ni belum tentu kerusi panas MB milik dia. Ntah la, cakap pasal politik ini kadang2 boleh bikin kita (rakyat) sesak dada. Org kita ni nafsunya besar2 belaka. Kawan ke, lawan ke semua depa main redah je. 

Tapi, ayat paling best yg abg long dengar dari seorang pemuda "bui pitis amik je....dah mmg  hok kite punye, nak undi sape...itu hok kite". Dia speaking dlm loghat ganu tadi, tak tau betul tak spelling ni...hihihi

- Sebahagian org ramai yg beratur menunggu giliran
- Baucer dana hari raya
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.