AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 10 August 2012

200m : Usain Bolt Rangkul Emas Olimpik Untuk Jamaica

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Usain Bolt mempertahankan pingat emas acara 200m di Olimpik London 2012 sebentar tadi. Walaubagaimanapun, beliau tidak dapat memecahkaan rekod peribadi beliau sendiri.

Apa yang paling merujakan ialah, bagi acara 200m ini tempat pertama, kedua dan ketiga telah dimenangi oleh atlit dari Jamaica.

Apa rahsia kejayaan ketiga2 mamat ini? adakah pelari Jamaica ini minum air tongkat ali mahupun super power sehinggakan Jamaica mampu sapu bersih pingat utk acara 200m? atau mereka menggunakan khidmat bomoh hujan? Walau apa pun bermain difikiran, mereka sememangnya super duper hebat.

Atlit olahraga Malaysia bagaimana? Malaysia serba lengkap prasarana sukannya jika nak dibandingkan dgn dengan negara Jamaica. Tapi mengapa Jamaica mampu melahirkan atlit bertaraf dunia. Apa yg tak kena dgn atlit dan sukan olahraga kita? KOAM selaku bandan induk sukan olahraga perlu membuat post mortem. Kalau perlu, nyahkan anasir2 yg terdapat dalam KOAM yg boleh membantutkan pembangunan sukan negara. Spesis camni lebih banyak berpolitiking dari memikirkan hala tuju pembangunan sukan negara.

Para pegawai KOAM jangan syok sendiri look like Presiden Bola sepak FAM and gerombolannya. Reformasi atau hijrah perlu agar sukan olahraga negara kembali bernyawa. Apa guna transformasi andai sukan olahraga kita tetap ditakuk lama? Abg long bukan marah...tapi nasihat Y(~__^)Y

BOLT Usain

BLAKE Yohan

WEIR Warren

Ini akhir acara 200m:

 1. Jamaica BOLT Usain (19.32)
 2. Jamaica BLAKE Yohan (19.44)
 3. Jamaica WEIR Warren (19.84)
 4. Amerika Syarikat SPEARMON Wallace    (19.90)
 5. Belanda MARTINA Churandy (20.00)
 6. Perancis LEMAITRE Christophe    (20.19)
 7. Ecuador QUINONEZ Alex (20.57)
 8. Afrika Selatan JOBODWANA Anaso (20.69)
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.