بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Sebetuinya dah lama abg long nak publish entry ni. Sahabat2 pun ramai yg bertanya khabar dan bertanya perihal tempat baru abg long duk melepak skrg. Tapi ntah macam mana asyik lupa je. Nak kata dah tua masih kelihatan awek muda..….hihihi….Mungkin dah tertelan semut kot…..mungkin……sbb tu asyik lupa. Kalau tak lupa pun dia jadi mcm tak ingat….^^
Untuk pengetahuan sahabat2, para penjenguk dan pengskodeng blog abg long, skrg ni abg long lepak kat sebuah LADANG yg jauh nun di pedalaman. Diulangi….disebuah ladang….sekali lagi diulangi, di sebuah ladang. Tengok, berapa banyak pengulangan ‘ladang’ untuk tujuan penegasan abg long taip. Pasni hangpa tak payah gatai2 duk menanya lagi, malas dah nak habaq coz perkataan ‘ladang’ tu boleh mengtrafikjemkan pengaliran sel darah merah abg long.
Masa memula menjejak body kat sini punya la terasa ketatnya jiwa…..hangpa rasa tak keketatan yg abg long rasa?. Hmmmmm….meh sini abg long nak ceghita…..Terencat perasaan juga la memulanya bila dapat tahu dapat kat tempat cenggini. Hangpa bayangkan la, (bayang jangan tak bayang) dari sebuah bandaq besaq abg long mai, last2 terpelosok kat dalam sebuah ladang. Keliling-kelalang (kata ganda jenis apa la plak ni?) diselubungi pepokok kelapa sawit. Tempat abg long ni jauh dari pekan/bandaq. Memang takdak kemudahan maha best. Kalau nak cucuk gaji terpaksa merempit ke Mesra Mall atau bandar Cukai, Kemaman yg mengambil masa lebih kurang 30-40 minit. Jadi setiap kali nak berfoya2 dgn duit gaji terpaksa la abg long menampak jauh ke sana. Kalau pokok2 kelapa sawit yg byk kat cni leh cucuk kad ATM lazat gak, tak payah nak menampak jejauh. Stesen minyak terdekat pun abg long agak2 ada la dalam 15km-20km. Kalau abg long nak isi minyak setakat seploh hinggit baik toksah, keje gila namanya tu kot.
Kemudahan internet toksah sembang la. Bagi pengguna setia berokben seperti abg long ni akan terasa keperitan maha sadis. Atas sbb itulah abg long terlambat atau terjarang mengupdate entry kat blog ni. Dua minggu lps abg long ada ke Telekom Malaysia, daftar streamxy. Harap2 ada la tuah utk diri abg long. Jikalau tidak, memang sakai la abg long nanti. Dah la sebulan lebih asyik duk tengok tv je. Baru semalam geng van Astro mai pasang set Astro kat umah abg long. Hampir sebulan abg long daftar baru semalam depa mai pasang, hangpa bayangkan la betapa bestnya lepak kat ladang ni. Orang dulu2 penah pesan, “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian. Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian”. Tapi, abg long sekarang ni jadi terbalik pula. Ntah la, mungkin sebab bumi ni bulat kot…huhuhu….terharu…terharu…terharu sgt2… TT_TT
Abg long masih lagi berasimilasi dengan persekitaran tempat ini berserta dengan warganya. Masih lagi tercunggap2 jiwa. Bagi abg long, tempat baru ni takde la teruk sgt. Ada pro ada kontranya. Warga dia semua ok. Tak tahu la kalau belakang abg long jadi tak ok….Y(~___^)Y. Kat sini lalu lintasnya clear, takde jem2. Udaranya segar sbb banyak pokok (kelapa sawit). Sungai pun ada (kalau hangpa nak uji joran & skill hangpa mancing meh la sini), abg long intai tengok sungai tu jernih juga airnya. Cuma ikan je abg long tak nampak kelibat dia. Kawan2 baharu abg long kata, kat sini international school coz Burma ada, Thailand ada, Indonesia ada….Nepal dengan Bangla tak pula abg long usul tanya. peeeerrrhhhh, maha hebat kan tempat baru abg long ni?
Jom join abg long nyanyi semua....123
Nota Diari: gambaq2 pemandangan kat bawah ni adalah tempat abg long duk lepaking sambil mengebestkan diri.Tepuk…tepuk…tepuk amai-amaiBelalang kupu-kupuTepuk biar ramaiPadang Kubu nombor satu
Paaaaaadang Kubuuuu kepak kepak!!!Paaaaaadang Kubuuuu kepak kepak!!!Hoiiiiiiiiiiiiiiii!!!!
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.