AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 15 July 2012

MAJLIS PERBANDARAN KUALA BERANG YANG SENGAL LAGI HAMPEH.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Jikalau di baca pada tajuk entri kat atas bermakna mood abg long tengah suam2 kuku saat ini. Secara ritualnya peredaran sel darah merah abg long tidak lagi lancar. Malah, keketatan perasaan ini mengakibatkan atom2 kecergasan mengalami sidrom ketaklaratan……rasa cuak tahap cipan melingkari abdomen diri, semuanya bersatu menjadi satu. Semuanya gara2 kekhilafan pihak MPKB dalam mengawal selia tanah jajahannya sehinggakan mendatangkan mudarat kepada abg long yg cute dan sweet ini.

Sebetuinya kisah yg nak abg long dongengkan ini dah lama berlaku. Peristiwa ni seingat2 lupa abg long berlaku penghujung bulan Mei. Cuma abg long saja nak bagi kesempatan buat pihak2 berkenaan muhasabah diri serta memperbaiki kesilapan yg terzahir sebelum ini. Namun, harapan serta tolak ansur yg abg long letakkan bagaikan langsung tiada nilai estetika buat mereka. Pokemon tahap siput sedut btui la depa ni…..kalau siput sedut boleh juga la abg long buat masak lomak cili api, ini tahap bebal depa yg macam siput sedut buat abg long rasa tak bestan sgt2. Hangpa penah makan siput sedut tak? Kalau penah hangpa fhm la kan mcm mana sikit punya susah nak menyedut siput tu…. Sampai muncung2 bibir duk menyedut. kena yg tahap bebal memang bikin ketat la rongga jiwa. Jadi, mcm tu juga la rasa ketat abg long terhadap kebebalan spesis2 yg menghuni bangunan MPKB.

Apa tidaknya, hasil dari kecelaruan, kemalasan, kecuaian…..dan berapa banyak ‘ke’ lagi dari pihak MPKB telah mengakibatkan dompet berjenama Polo abg long mengalami susut nilai. Tak pasal2 abg long dapat ‘surat ngelang’ (loghat Terengganu) dari bapak polisi. Suka suki hati mak nenek belah acu wan depa je orang MPKB ni nak pasang papan tanda jalan, langsung tidak mengikut prosedur majlis keselamatan jalan raya  sedunia. Papan tanda jalan bertindan-tindih antara satu sama lain. Akibatnya, abg long serta pengguna jalan raya yg berjiwa kudus dan mulus terpaksa mengalami kesulitan, kesukaran dan kemashalatan. Sambal belacan btui la depa ni buat kerja……sambal belacan pun tak buat kerja mcm depa. Huuuuhhhhhhhhhhh!!

dalam bulatan bertanda merah menunjukan jalan sehala, yg membelakangi papan tanda  jalan sehala tersebut pula  papan tanda BERHENTI dan tidak boleh belok ke kanan.
untuk sudut pandang yg lebih jelas dan sedap ^^
Ternyata abg long menjadi spesis makhluk Allah yg bernasib malang di hari yg tidak best itu. Pada hari tak best tersebut bukan Black Warrior abg long sahaja yg dpt bahana dari sikap bangang dan bebal pihak majlis (ini bkn ayat marah tapi nasihatttttttttt) , tetapi apa yg abg long perhatikan byk juga kenderaan berplatkan tempatan yg bapak polisi tenyeh masa tu. Senario tersebut jelas dan sahih bahawasanya ramai khalayak yg dikelirukan oleh papan tanda yg dipasang oleh MPKB.

Banyak kenderaan yg parking TERsalah haluan ekoran tiada papan tanda dilarang masuk lorong berkenaan.
Dalam bulatan Black Warrior abg long yg mjadi mangsa kecuaian pihak MPKB
bulatan 1 pandangan dari arah belakang jalan yg ada papan tanda sehala, tetapi dari  sudut ini  terdapat tanda berhenti dan tidak boleh belok ke kanan.

bulatan 2 pula menunjukkan kecelaruan parking, di mana parking dalam gambaq atas berbeza letak duduk parking. Gambaq atas melintang, yg bawah ni pula menegak....aduhaiiiiiiiiiiiii!!!!
satu papan tanda No Entry untuk dua lorong yg di pacak di tepi satu lorong.
ini konon2 nya langkah berjimat cermat la kot....2 in 1. atok depa yg ajaq kot bt lagu ni....abestos tul la
mana dia papan tanda No Entry utk lorong ini? Keadaan yg mengelirukan lantas mengundang susah bt khalayak
hebat MPKB ni, kwsn pili bomba pun boleh parking (dlm bulatan). mana ada garisan kuning2 kat situ. tapi  incik polis tenyeh je saman wlpn xde garisan kuning2, logik mereka kwsn pili bomba TIDAK BOLEH parking. tak ke keliru namanya tuh. 
rasa2 hangpa la kan, apa yg tak kena dgn gambaq ni? 
Di atas sikap prihatin dan rasa tdk bersalah yg meluap2 lagi berkobar2 (ayat tak agak2 dah ni) maka abg long dengan muka macho telah ke Pejabat Trafik Kuala Berang untuk menyahniratkan rasa cuak yg kian berbenih kat serembrum abg long time tuh. Namun, makcik polisi yg bertugas tdk dapat utk menyettlekan masalah tersebut kerana saman telah di keluarkan, walaupun abg long dah tunjukan gambaq2 papan tanda yg mengelirukan pengguna jalan raya yg dipasang oleh pihak MPKB. Pala hotak makcik polisi itu memang marbeles. Makcik polisi tersebut suh abg long bayar je saman tersebut, bkn banyak pun katanya. Hello, memang la tak banyak….tapi masalah problem skrg, kecuaian bkn dari pihak pengguna tapi pihak MPKB. Yg incik polisi plak sesuka jemari pi tenyeh tanpa mengambil kira kekhilafan papan2 tanda tu ape kejadahnya. Ada akai tak mau pakai, suka sangat jadi pencacai (abg bukan marah, abg long nasihattttttttttttt).  Bagi abg long jumlah RM utk byr saman tu celah gusi je la (ayat tak boleh blah kan?….ahaks3….bkn nak riak, tapi saja nak tambah panasssss…hihihi!!) tapi cuba bayangkan jikalau yg kena saman tu orang2 kampung yg susah, orang2 kebanyakkan yg hidupnya tak sesenang pengarah2 syarikat serta pegawai2 kelas A….Bagi depa, RM150 tu dah boleh beli bekalan barangan dapur 2 3 minggu untuk anak, isteri daan keluarga depa. Apatah lagi jika hukuman dan denda tersebut akibat kelalaian dan kecuaian pihak lain. Bukan ke itu zalim namanya. Ke lagu mana pendapat sahabat2 semua???.

Di shotkan story, setelah berurusan dgn incik polisi yg tdk best itu maka abg long pun memblahkan diri abg long dari sana (duduk lelama kan nnt ada yg mkn guna wayar…hihihi!!) menuju ke bangunan MPKB dgn suhu kepanasan darah merah yg high. Ketika di MPKB abg long telah ke bahagian kejuruteraan, kat situ abg long telah dipertemukan empat mata dengan pegawai yg bertanggungjawab menyebabkan huru hara lalu lintas di Bandar Kuala Berang. Nama beliau Tengku, nama penuh abg long lupa. Abg long bab utk mengingati nama orang laki2 ni sejak dari dahulukala lagi memang bermasalah, jikalau nama awekz senang pula abg long nk hafal dan ingat….hihihi!!. Dipendekkan lagi cerita,  Abg long telah menyatakan masalah yg abg long dan pengguna lain hadapi. Abg long siap cuci gambaq lagi bagi kat dia suh dia tengok sebagai bukti. Tergagap2 dia nak menjawab. Akhirnya beliau mengakui kesilapan pihak MPKB dan memohon maaf….Beliau juga berjanji akan menyettlekan papan2 tanda yg bermasalah dgn sepantas gaban. Beliau juga berjanji akan mengutusi pejabat incik polisi untuk memaklumkan kekhilafan MPKB serta memohon saman yg telah dikeluarkan ditarik balik. Abg long ni nak kata cerdik tu takde la juga. Jadi, untuk tengok pihak MPKB buat kerja ke tak maka abg long suh la incik Tengku tu s.k kan sesalinan surat yg MPKB hantar ke pejabat incik polisi ke pejabat abg long nun di selatan tanahair.

Hari berganti hari, minggu bertukar minggu….bulan sesedap rasa main cik ku cakkk arrrr tapi hampeh takdak pun maklum balas dari pihak MPKB. Sah2 abg long kena kencing dengan makhluk bernama Tengku yg menghuni bangunan MPKB. Ternyata, kuasa Allah ni tiada siapa dpt menduga. Bulan Jun yg menjelma membawa abg long meninggalkan tanah selatan sana utk berkhidmat di Terengganu pula. Kesempatan bertukar di Terengganu abg long amik dgn bersemuka semula dgn makhluk yg bernama Tengku itu. Banyak la usul yg abg long baling kat beliau lantaran sikap sambil lewa beliau menyettlekan problem yg di hadapi oleh abg long yg terdahulu. Makan gaji buta aje….merugikan pembayar cukai ada pegawai seperti beliau….abestos tul.

Walaupun kes abg long di saman itu belum lagi pihak beliau dan MPKB settlekan, namun sekalung ucapan taniah abg long ucapankan kepada beliau dan MPKB kerana papan2 tanda yg mengelirukan dan haru biru telah pun di take action oleh MPKB. Bermakna, tiada lagi khalayak yg bakal menjadi mangsa keadaan. Jikalau ada juga yg kena saman dgn incik polisi nnt itu tanda kebebalan individu itu sendiri la…….(gambaq terkini nnt abg long postkan bila mana abg long ke Kuala Berang lagi. Hari tu tak sempat nak amik gambaq coz hujan yg turun tnpa diundang).

Abg long harap, kes abg long di saman atas kecuaian MPKB akan settle scepat mungkin. Doa2 kan supaya terbuka hati, limpa dan ginjal depa utk bt kerja utk abg long dgn lapang dada. Kepada sahabat2 pengguna jalan raya, lebuh raya, balai raya serta raya2 yg lain…..harap berhati2 dan sentiasa cakna dgn persekitaran serta hak2 anda.

Pesanan abg long buat semua.

“PANDU CERMAT INGATLAH ORANG TERSAYANG” 

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.