Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 24 January 2014

Edit Photo Wedding



Mata dah layu....cuaca pula terasa dingin membeku. Sejuk yang amat sekarang ni. Memang terasa ketat mata dan tak sedap jiwa dibuatnya.

Tapi kerja masih menimbun lagi. Banyak yang perlu aku beresi dan santuni dengan cekal hati. Dah ini pilihan aku....jadi terima dan redha la seadanya. "Demi sesuap nasi", orang tua2 kata.

Masa ni masih dimeja kerja.....Masih lagi mengetuk papan kekunci......Masih lagi setia godek2 tetikus aku yang comei.....Masih lagi menyiapkan saki baki photo wedding yang perlu diediting. 


Macam aku bagitau dulu, nampak je jadi wedding photographer ni senang. Tapi hakikatnya susah lagi payah. Bukan sahaja tekan shutter. Balik rumah kena godek2 pula dekat adobe photoshop. Touch up mana yang perlu. Kasik edit cantik2...biar berbaloi client bayar dengan wang ringgit dia yang cantik2.

Ni pun take five kejap. Mata seakan2 dah berpinar. Dah tak boleh beza kaler2 yang ada. Jadi, sebelum aku merapu meraban edit ntahapa2 ada eloknya aku tak a break. Betul kan urat badan dan segala otot2 yang kejang.

Aku kalau bab mengatuk ni satu je ubat dia, Nescafe. Dia akan teman aku sentiasa bila aku sedang bekerja. Baik waktu siang mahupun tika malam merembang. tanpa dia tak mungkin aku mampu bertahan. Lembik mata beb!


Kena kerja kuat. Sesungguhnya, hanya orang yang kerja kuat akan berjaya. Ok la, aku nak sambung edit sikit lagi. Lepas tu nak sweet sleep. Nanti seawal jam lima dah nak keluar. Niat nak shoot sunrise dengan sahabat2 di unknow location. Akan diupdate next entri. Harap2 cuaca pagi esok ohsem. Insyallah.

To be continue....

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-


RON95 untuk mereka yang layak? | Sekadar pendapat.



Aku ada terbaca tentang RON95 yang di share oleh khalayak usai menikmati juadah makan malam tadi. Menarik juga topik RON95, rasanya ia boleh menenggelamkan populariti kangkung bila mana senarai akhir calon Anugerah Bintang paling Popular 2013 sudah pun dikeluarkan. 

Walaupun Zizan Razak telah mendominasi percalonan top 5. Namun dihati Rakyat terbanyak, kangkung tetap akan menjadi legem hot news 2014 dan legems untuk selamanya....Opppsssssss......melalut sudah aku. Itu la...itu ari tak buat entri pasal kangkung, tak pasal2 kang dah termasuk dalam entri RON95 ni pulak...choiiiiiiiiiii!

Ok...berbalik kepada persoalan pokok, RON95 kini seakan2 cuba mengugat populariti kangkung yang dipopularkan oleh incik PM........Opppppssssssssss.....Kangkung lagi.....Hmmmmmm....dah, kita lupakan pasal kangkung....tadi dinner makan nasi goreng kampung, kata kangkung dah murah....tapi batang kangkung dengan daun kangkung boleh kira dengan jari....hampagas betol tau!

Aku ada baca statment dari Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa RON95 akan hanya dijual kepada yang benar2 layak sahaja. Wowwwwwwww.....satu cadangan yang sangat2 baguih dari menteri pasola kelas A goment 1 Malaysia. Bermakna nanti, takda lagi la yang memandu Alphard.....gti Golf....BWM...Mercedes dan segala kuturunan kereta2 mewah dari diberi minum RON95. 

Tapikan, ada ke yang berkereta mewah sumbat RON95 dalam tangki minyak kereta diorang?? Kalau ada pun berapa kerat sangat kan? Jadi, relevan ke cadangan tersebut? Sedangkan wang negara yang tiris semakin membesar lobang dia? Yang tu ada tak kita amik cakna?? Laporan audit sahaja sudah la....gerun tengok angka2 yang tertera....Orang tak lulus matematik pun boleh celik angka...

YB Menteri kata, dengan cara itu akan dapat mengurangkan pembelajaan negara dan  segala subsidi kerajaan akan sampai kepada golongan sasar. Aku setuju apa jua nawaitu kerajaan yang baik2 sepertiamana yang YB Menteri kata katakan itu. Tapi, YB Menteri dan kerajaan sedar atau tidak.....selama ini pun kerajaan telah mewartakan RON95 tidak boleh dijual dan dibeli oleh warga asing (kenderaan berpendaftaran negara luar), 

Persoalan di sini, apa keberkesanan dia?? Aku masa kais pagi makan pagi, kais petang makan malam kat Johor tempohari secara nyata depan mata....kenderaan plate negara jiran selamba je isi RON95. So, pe cerita? Mana penguatkuasaan? Sekadar buat undang2 tapi tak ada penguatkuasaan takda guna juga. Ibaratnya kau tahu rokok itu bahaya, tapi asap kau tetap telan.....Hmmmmm.....Boleh ke aku buat perumpamaan cengitu erk??? Belasah je la erk.....masing2 ada akai, masing2 pakat la pakai.

Tapi aku sebenarnya dah dapat detect, melalui statement YB Menteri dalam berita yang disiarkan itu, berkemungkinan besar harga RON95 tak akan turun. Menurut portal berita tersebut "pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini." -Tengku Adnan. 

Korang jelas tak dengan ayat YB Menteri ni?? Kalau korang nak lebih jelas lagi korang boleh baca dekat Astro Awani. Statement YB Menteri itu bertujuan untuk menghalalkan kenaikan untuk sekian kali lagi. Bagi aku la. Terpulang pada pemahaman dan penerimaan memasing. Pendapat aku subjektif dan bukannya mandatori. bagi aku, dengan cadangan YB Menteri cadangakan itu tetap tak relevan. Bukan pembasmi masalah kesempitan hidup yang  terpaksa rakyat tanggung sekarang ini secara total. Ia hanya indah diatas kertas dan manis mulut sahaja. Sekian dimaklumkan.

Tapi korang jangan bimbang. Dekat Malaysia ni bukan sahaja harga minyak naik......harga makanan naik...kos sara hidup naik.......tapi akan ada juga yang turun. Aku dengar salji bakal turun dekat Terengganu. Tapi tak tahu la sahih ke tidak story pasal salji ni. Jika benar, orang Terengganu juga la beruntungan. Dah la negeri paling kaya....berlambak dengan petrol. Lepas ni salji pula dijangka turun. Untung jadi warga Terengganu. Aku?? Aku cool jer apa pun.

Well, Ku Nan dah pun buat sambutan tahun baru secara besar-besaran dengan jayanya di Padang Merdeka tempohari dibawah agensi DBKL. Aku teringin juga mendengar kalau2 Ku Nan ada idea nak buat munajat dekat Padang Merdeka tu bagi mendapatkan rahmat Tuhan untuk kita semua. 

Apa pun....Syukur, Malaysia aman.

InsyaAllah



Support us MansuhPBS


kredit photo: google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.