Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 12 May 2013

Selamat Hari Misi Sedunia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ini adalah hari yang sungguh bermakna dan sungguh istimewa buat rakan2 misi seluruh negara. Hari ini adalah hari untuk meraikan depa. Hari dimana jasa dan keringat depa dihargai oleh seluruh warga, ia diraikan oleh seluruh isi dunia. Tanpa pengorbanan depa serta rahmat dari Yang Esa, sakit dan penyakit kita tiada penyembuhnya.


Saya yakin semua orang sakit akan cepat sembuh jika Cik Misi semanis ini.
Setujukah anda dengan statment geli-geli ini?
HaHaHa..
Betapa besar pengorbanan depa untuk warga. Kerja depa tanpa mengira masa....tidak mendiskriminasikan bangsa dan agama. Walaupun ada antara kita yang mempertikaikan kerjaya depa, tapi depa tetap tabah menjalankan tugas yang diamanahkan demi kita. Itu semua bukan penghalang untuk depa berbakti kepada semua.

Depa la yang digelar Wanita Dengan Pelita. Tabah dan sabar dalam meladeni patient yang ada. Memang benar ada segelintir dalam kalangan depa yang menjalankan tugas secara 'huru-hara' tapi haruskah kita pukul rata menyalahkan depa?. Sungguh tidak adil jika kerjaya depa yang kita kondem dan persalahkan, sepatutnya individu yang 'huru-hara' itu la kita salahkan. Siapa sokong statment saya ni sila kelip2 kan mata sambil tangan di dada...HaHaHa...

Angpa tahu dak pasai pa 12 Mei setiap tahun diraikan sebagai hari misi sedunia? Kalau angpa tak tau apa kata angpa klik tang SINI untuk pencerahan minda.



Kepada abang2 misi dan cik2 misi seluruh negara dan juga yang ada di dunia, saya mengucapkan Selamat Hari Misi. Sesungguhnya anda memang manusia kental. Saya tidak mampu menjadi seperti anda. Semoga anda semua dirahmati dan kerjaya anda di berkati oleh Tuhan pencipta seluruh alam.


 Buat semua,
Saya tak pandai cakap orang putih,
tapi saya tahu angpa semua faham....
...HaHaHa..
Sapa boleh bagai tau pasai pa depa ni orang panggil misi? Saya panggil misi sebab mak saya panggil depa misi. Maklum la kan, orang kampung mana reti nak sebut 'nurse'.....kalau sebut jururawat kan nampak ngat dewan bahasa dan pustaka.....Orang tua kampung faham2 je la....HiHiHi...Well, sapa tau habaq mai lagumana depa boleh title misi tuh....belum ada lagi perbahasan ilmiah tentang ini.....HaHaHa...

Oh ya, angpa ingat lagi tak Kisah Doktor & Nurse Cun yang terlampau yang pernah saya conteng dulu? Jika lupa boleh klik SINI sebab kisah itu saling terkait dengan entri ini.

Jazakallah



Mood: Tetiba rasa nak melawat dan ziarah siapa2 yang sakit kat hospital....^_^
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. i'm nurse to be and proud of being as a student nurse ~ nice entry ! =) ~ luv dis ~

    ReplyDelete
  2. laa hari misi juga ke rini??? wahhh selamat hari nurse sedunia... hehehe

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.