بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Tak tahu nak berstory apa. Otak macam tepu.....jejari seakan kaku. Tak reti dah nak menari tarian apakah di keyboard ini. Laman sosial muka buku dan yang sama waktu dengannya dah lama offline. Cuba nak merubah tabiat......InshaAllah dipermudahkan.
Sementara menunggu mengantuknya mata, menelaah apa yang ada. Tambah ilmu yang mana tak cukup tang dada. Orang kata....kalau payah nak tidur baca je buku. InshaAllah, tak lama la tu.....Ntah yer ntah tidak....baru nak mencuba ni. Tapi rasanya makin segar mata ada, lagi dibaca lagi banyak pula rasa ingin tahu duk menerpa minda.....last2 dapat idea tulis entri ini. Ntahapaapa kan? Mungkin angpa ada pengalaman tentang ini.....kalau ada boleh la share...Sharing is caring...HiHiHi..
Takpa la kan....sambil2.....bak kata bijak yang pandai, "sambil menyelam minum air". Takdak la terbuang masa enak begitu sahaja mata terkebil2 padang siling atas sana. Ada juga benda bermanfaat nak dibuat sebelum datangnya ketat mata.
Sebagai seorang tukang gambaq nubis kubis, ini la makanan saya sebelum mimpi lena. Gali ilmu dari mereka2 yang berilmu. Nak jadi pandai ni bukan ambil masa seharu dua.....bukan sesenang makan kacang kuda.
Ilmu ni sebetulnya ada dimana-mana. Cuma kita sahaja yang perlu berusaha untuk mendapatkannya. Nak dapat ilmu itu pula jangan main aci redah je, jangan sampai menyesatkan kita. Yang lebih elok dan afdal kita cari tok guru untuk berguru. Bukan salah berguru dengan buku, cuma tok guru yang penuh ilmu sahaja mampu menegur kita jika kita terlalu 'melulu'.
Ok la, nak sambung sedikit pembacaan lagi. Malam ni hadam ilmu tentang 'X-presi potret | Ketahui asas menghasilkan potret'. Malam ni baca buku, esok2 boleh pula bertanya guru yang berilmu.
Jazakallah

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.