Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 14 May 2013

Ada apa dengan Khairy Jamaludin?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Alhamdulillah.....jika sebelum ini saya lebih melihat KJ lebih banyak berjenaka dari jadi genius, hari ini pesepsi saya terhadap beliau sedikit berubah. 

Sedikit demi sedikit saya dapat melihat kematangan beliau dalam berpolitik. Ternyata, pengalaman dan kepayahan beliau dalam meredahi denai politik lebih lima tahun yang lalu semakin mendewasakan beliau.

Dulu saya melihat beliau seorang anak muda yang berpotensi. Namun dek kerana terlalu asyik dipayungi kuasa ayah mertua menyebabkan beliau sedikit hilang arah tujuan. Kuasa yang ada menyebabkan beliau seakan-akan hilang punca untuk berpijak dibumi nyata.

Sebelum ini pun bukan tiada idea dan gagasan politik matang dari beliau buat rakyat, namun ianya seakan tenggelam ke dasar lautan yang berselut dalam. Namun segalanya seakan berubah usai PRU13 yang lalu. Lontaran idea dan kritikan beliau kini seakan-akan memperlihatkan bahawa beliau seorang yang terbuka dan tambah dewasa dalam sepak terajang politik yang penuh hanyir dan kebusukkan.

Terbaru bila beliau mengeluarkan kenyataan dan saranan di akaun twitter beliau yang berbunyi "Bila dipilih sbg kerajaan/wakil rakyat, wajib berkhidmat untuk semua. Bukan hanya untuk mereka yang mengundi kita. Jangan dendam pada rakyat". Saya harap KJ akan istiqamah dengan tutur serta pendiriannya. 


Harap ada yang sedar tentang situasi yang sebenar.
Wakil rakyat adalah dipilih oleh rakyat, jadi sila bekerja untuk rakyat
Taniah buat KJ atas kematangan anda
Kemungkinan kenyataan di akaun twitter beliau ini disuarakan bagi memberi ingat kepada orang-orang yang sedikit meroyan usai PRU13 yang lalu. Ini mungkin ada hubungkait dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pembesar disebuah negeri yang seakan-akan ingin menzalami rakyat yang tidak menyokong beliau dan parti beliau PRU13 baru-baru ini. 

Saya suka ketegasan dan keterbukaan KJ dalam soal kebajikan rakyat bawahan. Seorang lagi pemimpin muda yang saya salute pendirian dan buah fikirnya adalah YB Dato' Saifuddin Abdullah   Bagi saya, kedua-dua mereka ini ada potensi pemimpin masa depan dengan idea dan gagasan politik damai yang cuba mereka bawa ke dalam sistem politik UMNO muktahir ini.

Bila KJ mula bersuara, sudah pasti ada orang yang akan panas telinga. Taniah kepada KJ kerana dapat melihat masalah tersebut langsung tidak menguntungkan sesiapa hatta orang melayu mahupun negara. Beliau dapat melihat bahawa politik balas dendam terhadap rakyat hanya akan merugikan rakyat dan parti yang beliau anuti.

Semoga KJ akan terus berdiri dan berlari atas titian kebenaran. Sama2 kita doakan.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.